Fizo Omar dan Wak Doyok terus berdiam walaupun bank negara dah warning

Fizo Omar dan Wak Doyok terus berdiam walaupun bank negara dah warning

Fizo Omar dan Wak Doyok terus berdiam walaupun bank negara dah warning. Pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok yang merupakan duta OctaFX terus berdiam susulan platform pelaburan yang sudah memasuki senarai amaran Bank Negara Malaysia (BNM).

Menerusi laporan Harian Metro, usaha menghubungi kedua selebriti tidak berjaya apabila mesej dan panggilan telefon tidak pernah dijawab.

Hasil tinjauan di Instagram milik Wak Doyok, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu masih mengatakan dirinya duta OctaFX di paparan profilnya.

Fizo Omar dan Wak Doyok terus berdiam walaupun bank negara dah warning

Sebelum BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut menyenaraikan OctaFX di Amaran Pelabur kerana ia berkemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

OctaFX adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia beroperasi sejak tahun 2011.

Selain itu, OctaFX dikawal selia dan memegang lesen di luar negara namun menyokong deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia.

Untuk rekod, Wak Doyok dan Fizo Omar dilantik menjadi duta broker global OctaFX pada Februari lalu.

BACA:

Demi kejar cita-cita jadi pemandu bas, pemuda tolak tiga tawaran universiti

Mangsa dera umur 8 tahun akhirnya diselamatkan bomba

Amal seks songsang, doktor sahkan pelajar IPT paling ramai dapat HIV

CATEGORIES