Fitnah : Mujahid hantar notis tuntutan terhadap Razman

Mujahid hantar notis tuntutan terhadap Razman.Saya telah membaca satu posting facebook oleh Pesuruhjaya Pas Perak; Hj Razman Zakaria yang berunsur fitnah terhadap saya pada 17/112021 bertajuk ‘Bila cacing naik ke-Mata’.

Bersama-sama posting tersebut, beliau telah melampirkan gambar saya dengan caption kononnya saya mengatakan “PAS tidak patut menafikan hak orang bukan Islam dengan mengharamkan judi dan arak.”

Ini adalah satu fitnah jahat oleh Razman kepada saya. Oleh itu, saya telah mengarahkan Peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang di mana satu Notis Tuntutan telah diserahkan kepada Razman pada 30/11/2021.

Sekiranya Razman gagal untuk meminta maaf, menarik balik posting tersebut dan membayar gantirugi kepada saya berdasarkan kandungan Notis Tuntutan tersebut, saya akan teruskan dengan tindakan Saman di Mahkamah.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof
Sumber:

BACA: Gengster di Brazil ‘berkenan’ dengan janggut Ebit Lew

CATEGORIES