Fitnah !!! Harakahdaily bakal berhadapan saman Mujahid

Artikel yang tersiar dalam portal harakahdaily hari ni secara jelas telah menuduh Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) membenarkan aktiviti LGBT berlaku tanpa perlu dicegah.

Memetik laporan dalam artikel dalam harakahdaily :

“Di samping itu, Mujahid juga melarang pihak-pihak berwajib dan orang ramai melakukan serbuan dan tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan aktiviti LGBT dan perzinaan jika aktiviti-aktiviti itu dilakukan oleh mereka bukan di tempat terbuka, tetapi di tempat tertutup seperti di premis-premis persendirian. Tindakan Mujahid itu seolah-olah memberi peluang luas kepada mereka yang ingin melakukan perzinaan dan mereka yang terlibat dengan LGBT untuk melakukan aktiviti-aktiviti mereka dengan bebas kerana ia seolah-olah bermaksud jika mahu lakukan, lakukanlah asalkan bukan di tempat terbuka.”

Menurut seorang peguam yang pihak kami hubungi tuduhan ini adalah berat dan tindakan saman boleh dimulakan terhadap penulis dan penyiar artikel tersebut.