Ferrari tamatkan kerjasama dengan Naza Italia? Tapi kenapa? Ini sebabnya

Ferrari tamatkan kerjasama dengan Naza Italia? Tapi kenapa? Ini sebabnya.

Pada hari semalam seluruh pemain dan peminat industri automotif tempatan dikejutkan dengan berita Ferrari menamatkan kerjasama dengan Naza Italia selepas hampir 15 tahun

syarikat Malaysia itu mengukuhkan lagi jualan dan penjenamaan supercar Itali itu.

Ferrari tamatkan kerjasama dengan Naza Italia? Tapi kenapa? Ini sebabnya

Bonet Ferrari Jadi Gelongsor, Netizen Kecam Pengunjung Buat Pameran Kereta Macam ‘Fun Fair’

Sifu Pemasaran Dedah Gaji Bulanan Yang Anda Perlu Dapat Untuk Pakai Ferrari

Dalam kenyataan rasmi daripada pihak Kumpulan Automotif NAZA, ketidakserasian strategi Kumpulan NAZA berbanding kehendak bisnes Ferrari S.p.A (Ferrari) merupakan sebab utama penamatan kerjasama sebagai pengedar rasmi tunggal jenama kereta mewah Itali berkenaan menerusi Ferrari Malaysia.

“Kumpulan NAZA telah mengkaji semula bisnes automotif kami termasuk mengenalpasti jenama yang bersesuaian bagi memantapkan bisnes automotif NAZA.

“Keputusan ini tepat pada waktunya dan membuka ruang untuk NAZA memberi tumpuan kepada jenama lain di bawah bisnes automotif.

Langkah ini bakal membolehkan NAZA memperuntukkan sumber perniagaan kepada jenama lain yang telah dikenalpasti dalam strategi bisnes automotif NAZA. NAZA akan terus memberi sokongan kepada Ferrari untuk memudahkan segala proses peralihan menjelang April 2023.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Ferrari atas hubungan perniagaan yang sekian lama terjalin. Semoga jenama Ferrari terus mencapai kejayaan,” petik kenyataan rasmi Kumpulan Automotif NAZA.

BACA :

“Tiada laluan istimewa walaupun penceramah itu dikenali popular” – Pengerusi MAIS

“Aku hantar makanan kat bilik ustaz, sekali ustaz tutup pintu dia cakap ada ‘benda’ belum settle rupa-rupanya ini niat sebenar ustaz”