Fattah Amin dikecam tak tolong Fazura, ‘kesian bini dia pakai heels mengah angkat Fatima’. Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan pasangan yang digemari ramai iaitu Fazura dan Fattah Amin bersama-sama anaknya sedang berjalan menuju ke satu tempat.
Di dalam rakaman yang dimuat naik itu, Fazura kelihatan sedang mendukung Fatima sambil Fattah berjalan bersebelahan dengannya.
Melihat di ruangan komen video tersebur, rata-rata mengkritik Fattah kerana seakan-akan tidak mempedulikan isterinya yang kelihatan penat mendukung anak seorang diri tanpa menghulurkan bantuan.
@fazuraofficial Lepastu masuk je ballroom, dia nak daddy all the way pulak.. (Alhamdulillah, selamat kaki mommy 😂) @Fattah Amin ♬ original sound – Fazura
Bagaimanapun, di kapsyen video yang dimuat naik oleh pelakon wanita itu, Fazura telah memberitahu anak perempuannya enggan didukung oleh Fattah waktu itu.
Sehingga kini, video terbabit telah meraih lebih 800,000 tontonan daripada pengguna dan lebih 40,000 tanda suka telah diterima.
BACA:
Tengku Zafrul kata Bajet 2023 kena bentang semula jika bubar dewan
Baru usia 21 tahun, As’ad Motawh dah miliki 2 Banglo
Bajet 2023: Penjawat Awam dapat durian runtuh