Expo Dubai UAE : Pemuda Amanah bidas kenyataan Timbalan Menteri Pas

Expo Dubai UAE : Pemuda Amanah bidas kenyataan Timbalan Menteri Pas

Ahli parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri MOSTI, Ahmad Amzad Hashim akhirnya bersuara terhadap desakan AMANAH Terengganu berhubung penyertaan Malaysia ke EXPO 2020 Dubai UAE.

Dalam kenyataan mempertahankan tindakan terbabit, Amzad menyindir kami sebagai “Dah lebih Palestin dari negara Palestin sendiri agaknya..” apabila AMANAH Terengganu mendesak Kerajaan Malaysia menarik diri dari menyertai EXPO ini juga menuntut agar papan iklan mempromosi program terbabit diturunkan di Kuala Nerus.

Amzad mendakwa Palestin juga terlibat dalam Expo terbabit dengan membuka Pavillion seluas 1250 Meter Persegi.

Amzad ternyata gagal dalam mengambil tahu perkembangan semasa dunia islam, Kerajaan Palestin telah menarik diri dari menyertai EXPO ini setelah UAE menjalin kerjasama dan iktiraf Israel.
Jika Amzad bertanya kepada kami ;

“Yang kata konon kita khianat negara Palestin kerana sertai EXPO DUBAI ni nak jawab macam mana jika saya beritahu Negara Palestin sendiri buka Pavillion lebih 1,250 meter persegi (lebih suku ekar!) di Expo berkenaan?”

Maka kami nak tanya balik Amzad ;

YB nak jawab macam mana jika kami beritahu Negara Palestin telah menarik diri dari menyertai EXPO ini setelah Israel turut dijemput?

Rujuk sini :

https://www.middleeastmonitor.com/20200817-palestine…/

Sebagai sebuah negara yang cukup lama bersama perjuangan rakyat Palestin, sebagai sebuah negara yang sinonim dengan kecaknaan terhadap isu yang menimpa rakyat Palestin, adakah Palestin akan dibiarkan sendirian berdepan situasi ini?

Dimana soladiriti terhadap saudara Islam kamu wahai Amzad?

ZAMIR GHAZALI
Ketua Pemuda
AMANAH Negeri Terengganu
12.12.2020

Sumber :