Exco Terengganu dakwa rentas negeri sebagai punca Covid-19 meningkat di negeri itu

Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes COVID-19 di Terengganu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak.

Katanya sehingga semalam negeri itu mencatatkan sebanyak 216 kes positif dan daripada jumlah tersebut sebanyak 73.6 peratus penyumbang adalah daripada individu yang datang dari zon merah di luar Terengganu.

“Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebelum ini telah meminta individu yang datang dari zon merah menjalani saringan COVID-19 dan ia mendapat maklum balas yang baik…daripada itu kita dapat mengesan ramai yang positif.

“Kebanyakan mereka yang datang (saringan) pada awalnya tidak mempunyai sebarang gejala COVID-19 tetapi keputusan akhirnya menunjukkan positif dan mereka kemudiannya ditempatkan di pusat kuarantin untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) (ILKKM) Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.

Berita penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rentas-negeri-punca-peningkatan-kes-positif-covid19-di-terengganu-exco-277030

COMMENTS

Wordpress (0)