Exco kerja raya jumpa Menteri di Putrajaya, sekali kena ‘sekolah’ kes AKSB

Exco kerja raya jumpa Menteri di Putrajaya, sekali kena ‘sekolah’ kes AKSB.

Satu mesyuarat telah diadakan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan dalam usaha menyelesaikan isu air di negeri itu.

Kelantan diwakili Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Azami Mohd Nor, manakala kerajaan pusat diwakili Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Exco kerja raya jumpa Menteri di Putrajaya, sekali kena 'sekolah' kes AKSB

Dalam catatan Facebook, Azami menyatakan pertemuan dengan menteri di Putrajaya semalam adalah susulan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk kedua-dua pihak berbincang dan menangani masalah air yang sudah lama berlarutan.

“Alhamdulillah, lawatan kami diterima baik oleh menteri, dan beberapa perkara mencapai kata sepakat antaranya pembinaan Loji Rawatan Air (LPA) dan projek penggantian saluran paip di Kelantan.

“Insha-Allah, beberapa siri mesyuarat teknikal akan diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan rakyat Kelantan atas doa yang berterusan. Kami akan buat yang terbaik, insha-Allah,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah pengurusan tertinggi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan pegawai kementerian berkaitan.

Terdahulu, dalam lawatannya ke Kelantan, Anwar menekankan komitmen Putrajaya untuk membantu Kelantan dalam menyelesaikan isu bekalan air.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menyatakan usaha ini memerlukan kerjasama penuh daripada kerajaan negeri.

Sementara itu, Nik Nazmi menyatakan kementeriannya bersedia menangani hal kewangan termasuk pembinaan loji rawatan air dan penggantian paip.

“Namun, saya ingin mengingatkan semua, seperti yang ditegaskan oleh bekas Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man, tanpa usaha menambah baik tadbir urus AKSB, masalah ini tidak akan selesai,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Sebelum ini, Nik Nazmi menegaskan isu bekalan air bersih di Kelantan tidak boleh diselesaikan semata-mata melalui peruntukan kewangan, kerana terdapat faktor penting lain yang perlu ditangani.

“Isu pembiayaan memang menjadi sebahagian daripada masalah, tetapi kebimbangan utama ialah kegagalan tadbir urus. Oleh itu, isu peruntukan boleh kita bincangkan, tetapi jika pengurusan dan tadbir urus AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd) tidak diselesaikan, tidak mengapa. berapa banyak wang yang diberikan, masalah air di Kelantan tidak akan selesai,” katanya.

BACA:

Follower komen “dapat jilat ko ni best juga”, sekali Sharifah Sakinah balas undang dekah netizen

Merajuk sering difitnah di negara sendiri, Ust Ebit Lew bantu gelandangan di Jepun