Episod serang menyerang antara Umno dan Bersatu akan terus berlaku

Episod

Episod serang menyerang antara Umno dan Bersatu akan terus berlaku. Bersatu boleh menjadi penentu kemenangan jika kerajaan baharu diterajui Barisan Nasional (BN) dengan Ismail Sabri Yaakob daripada Umno sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan penganalisis politik, Azmi Hassan, dalam mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perikatan Nasional (PN) semalam, memberitahu FMT bahawa gabungan itu dengan jelas menyatakan bahawa sokongannya kepada kerajaan pimpinan BN ada syaratnya.

Bersatu adalah rakan kongsi dominan dalam PN. Muhyiddin Yassin, presiden Bersatu dan pengerusi PN, dalam kenyataan itu berkata, tiada seorang pun daripada “kluster mahkamah” patut menganggotai Jemaah Menteri baharu, merujuk kepada Ahli Parlimen Umno yang sedang berdepan tuduhan di mahkamah.

Santiago berkata, kerajaan baharu akan runtuh jika 31 Ahli Parlimen Bersatu menarik diri daripadanya.

Episod
Katanya, parti itu sekarang boleh “menyerang” Umno atas segala perbuatannya ketika Muhyiddin memimpin pentadbiran.

“Adakah ini masanya untuk balas balik? Adakah Ismail Sabri wajib dengar cakap Bersatu jika beliau jadi perdana menteri?”
Dua minggu lalu, 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka kepada PN dan Muhyiddin mengakibatkan kejatuhan kerajaan. Muhyiddin menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 17 Ogos.

PN dan Umno kini bersetuju untuk mencalonkan Ismail sebagai perdana menteri sementara pihak pembangkang mencalonkan Anwar Ibrahim.

Agong dijangka menamakan perdana menteri baharu setelah mengadakan pertemuan dengan Raja-raja Melayu hari ini. Beliau bertemu dengan Ahli Parlimen yang menyokong Ismail semalam.

Santiago berkata, beliau menjangkakan Bersatu akan terus mengingatkan Umno ia memegang “ace in the hole”, terutamanya ketika timbul pertikaian mengenai isu-isu.

Kata Azmi, mana-mana Ahli Parlimen yang berdepan tuduhan di mahkamah mungkin tidak akan dimasukkan ke dalam Jemaah Menteri baharu, namun tambahnya, kenyataan PN adalah “peringatan buat Umno bahawa Bersatu kini adalah penentu kemenangan”.

Kenyataan berkenaan diungkapkan sebegitu rupa untuk menyatakan kepada Umno bahawa “Bersatu mempunyai kuasa”, katanya.

“Seolah-olah tiba masanya untuk balas balik.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/20/adakah-ini-masa-bersatu-balas-balik-jika-ismail-jadi-pm/

BACA: Benarkah kem Zahid dan kem Ismail Sabri sudah berdamai?

Artikel ini disiarkan pada 20/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)