Enjoy tengok game MU lawan Liverpool di stadium, Aeril Zafril sempat membahan lagu 'nikah'

Enjoy tengok game MU lawan Liverpool di stadium, Aeril Zafril sempat membahan lagu ‘nikah’

Enjoy tengok game MU lawan Liverpool di stadium, Aeril Zafril sempat membahan lagu ‘nikah’. Umum mengetahui, pasukan gergasi bola sepak Manchester United berjaya mempamer kebangkitan mereka selepas melakar kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris dengan menundukkan musuh ketat, Liverpool 2-1, semalam.

Pelakon Aeril Zafril yang mendapat peluang melihat perlawanan itu secara langsung dari dalam stadium sempat merakam momen tersebut, kemudian dikongsi suntingan video yang menggunakan lagu majlis kahwin.

Liverpool kena ‘kenduri’

Menerusi perkongsian Aeril di akaun TikTok miliknya, aktor itu berkongsi gabungan klip-klip yang sempat dia rakam semasa berada di Old Traffod Stadium, Manchester, United Kingdom.

Dalam kapsyen perkongsian itu, Aeril menulis bahawa pengalaman melihat perlawanan bola dari dalam stadium merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan.

Enjoy tengok game MU lawan Liverpool di stadium, Aeril Zafril sempat membahan lagu 'nikah'

‘Best’ juga ya dapat tengok bola dalam stadium.

Menerusi video, dapat dilihat Aeril dengan gembira membuat perjalanan menuju ke stadium Old Trafford, tersedia memakai baju kelab bola Liga Premier Inggeris berkenaan.

Yang menjadi tumpuan dalam perkongsian Aeril itu adalah pemilihan lagu latar belakang bagi video tersebut iaitu Selamat Pengantin Baru nyanyian Wann, seperti lagu-lagu di kenduri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan pemilihan lagu Aeril yang menjadikan video tersebut seolah-olah video dirinya menghadiri sebuah kenduri.

@aerilzafrel8best jugak ya dapat tengok bola dalam stadium😊😊♬ Selamat Pengantin Baru – Wann

BACA:

Gambar penjara VIP disebar oleh orang dalam? Sekali rupanya..

“Tak perlu ramai-ramai datang jumpa, pening saya” – Tok Mat

KLFW: Orang ramai sedih baju tradisional jadi fesyen mengarut macam ni

CATEGORIES