Ending persembahan ‘sesuci lebaran’ oleh Tokti buat ramai geli hati

Ending persembahan ‘sesuci lebaran’ oleh Tokti buat ramai geli hati

Sementara semalam berlangsungnya penganjuran Anugerah Juara Lagu ke 36 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pentas ‘Big Stage bagi minggu ke 5 tetap bersiaran di waktu yang sama.

Sementara hos Alif Satar mengacarakan malam berprestij tersebut, posisinya diganti sementara dengan kehadiran Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom.

Sofia Marieylla mummy jerung kecundang pada minggu kelima.

Ending persembahan 'sesuci lebaran' oleh Tokti buat ramai geli hati

Bertemakan lagu-lagu penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, setiap peserta tampil dengan persembahan serta kelainan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, nampaknya bukan rezeki Sofia Marieylla untuk meneruskan perjuangannya sehingga ke pentas akhir apabila kecundang selepas membawakan karya ‘Ku Mahu’.

Diorang bagi lagu raya sebab netizen request, memang letops malam ni

Selepas peserta Tegar melakukan persembahannya, Kak Lina tiba-tiba sahaja mengutarakan permintaan ramai untuk TokTi menyanyikan sebuah lagu raya. Meskipun cuma sekadar duduk di bangku juri, namun lantuan suara penyanyi tersebut sudah cukup membuatkan satu dewan ternganga.

Namun aksi ending daripada Sherry dan Kak Lina membuatkan TokTi juga terkejut serta tidak dapat menahan ketawa.

@mimpindah26 Syahadahhh!!!! @toktitiktok ❤️ #sesucilebaran #fyp #sitinurhaliza #ctdk #bigstage2022 #sitizoner #sitizone #bigstage ♬ bunyi asal – Mimpi Indah

Terus rasa nak pi cari baju raya esok, buat persediaan awal…Terkejut TokTi diorang tutup dengan Syahadah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terhibur malam semalam dengan gandingan dua hos berbakat besar tersebut. Dalam pada itu, ramai yang berseloroh kononnya terus datang mood untuk beraya ketika mendengar nyanyian lagu raya daripada TokTi.

Berita Lain:

Reaksi anak tak bagi ayah pergi kerja meruntun jiwa netizen, “Tak mudah kerja askar..

Kisah 4,000 tentera Jerman masuk islam mengejutkan banyak pihak

Penguin sanggup berenang beribu batu hanya untuk jumpa lelaki ini, ini yang terjadi

CATEGORIES