“En Bloc” Waktu Dapatkan Sokongan Sahaja, Waktu Lantik Menteri Hilang “En Bloc” , Tegur Shahrir

Tan Sri Shahrir Abdul Samad menimbulkan beberapa isu tentang kerajaan yang baru dibentuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, pada asalnya gabungan politik itu kerjasama antara BN dan PAS dengan Parti Peribumi Bersatu (PPBM) serta kumpulan diterajui Datuk Seri Azmin Ali dibuat secara “en bloc” kini menimbulkan tanda tanya padanya.

“Keputusan dan tindakan secara ‘en bloc’ oleh BN bersama PAS berjaya dilaksanakan sehingga perkenan Agong untuk Muhyiddin menjadi PM.

“Tetapi apabila tiba kepada peringkat perlantikan anggota jemaah menteri, seolah-olah sudah kehilangan pula semangat ‘en bloc’ itu,” coretnya.

Shahrir dipercayai mengambil kira kedudukan Umno dan BN paling ramai dalam gabungan itu, 39 daripada 42 kerusi.

Berita Penuh : https://www.projekmm.com/news/berita/2020/03/11/kerusi-paling-banyak-umno-rasa-bagai-dipinggir-kata-shahrir/1845469

COMMENTS

Wordpress (0)