Ekonomi Malaysia mengukuh antara punca Ringgit meningkat – Penganalisis

Ekonomi Malaysia mengukuh antara punca Ringgit meningkat – Penganalisis. Ringgit meneruskan peningkatan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan minat belian yang kembali ketara.

Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.2975/3015 daripada 4.3050/3100 pada akhir urus niaga semalam.

Peniaga ActivTrades Trader, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata dolar AS susut berbanding ringgit dengan sebahagiannya disebabkan oleh angka ekonomi Malaysia yang kukuh dalam beberapa bulan lalu.

Negara Asia Tenggara itu mencatatkan data lebih kukuh daripada negara maju utama seperti AS dan Kesatuan Eropah (EU).

Ekonomi Malaysia mengukuh antara punca Ringgit meningkat - Penganalisis
Malah, Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, susulan data inflasi yang rendah serta pekerjaan yang kukuh.

Bagaimanapun, katanya, pasaran menjangkakan BNM akan menaikkan 25 mata asas lagi menjadikan OPR pada 3.0 peratus dan tindakan sebaliknya oleh bank pusat itu akan membawa kepada penurunan nilai ringgit untuk beberapa hari akan datang berikutan bon-bon kerajaan membayar kadar faedah lebih rendah kepada pelabur.

Baca Artikel Penuh