Ziarah keluarga arwah adik Amir meninggal baru ini. Sampai je umi dan abah kepada Amir menangis. Terharu ustaz sampai sini. Terima kasih ustaz. Saya hadir untuk beri sedikit semangat, doa,dan sedikit hadiah.
Sepanjang berbual dan berkongsi tadi terasa berat sangat ujian buat keluarga ini. Sempat dengar dan tengok video adik Amir solat, baca surah Al Mulk, minta maaf setiap kali buat salah. Allahuakbar.
Masa dengar tentang Amir, saya di Sabah. Berdoa dari jauh jer. Mendengar betapa sayangnya dan manjanya Amir dengan keluarganya dan abang serta kakak angkat. Betul-betul seperti keluarga.
Sehinggalah mereka berpisah kerana ibu kandung dan ayah tirinya datang ambil. Saya sempat berdoa bersama keluarga. Menangis jer umi dan abah Amir. Berat ujian ini. Semoga satu hari bertemu kembali dalam syurga Firdaus.