Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi

Ebit Lew

Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi.Pendakwah terkenal Ebit Lew sekali lagi dipanggil ke Bukit Aman semalam untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes gangguan seksual yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengesahkan telah memanggil semula pendakwah tersebut bersama isterinya ke Bukit Aman semalam.

“Pendakwah berkenaan dan isterinya juga telah memberikan kerjasama dan hadir ke Bukit Aman untuk dirakamkan percakapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.

Ebit Lew

Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew telah dipanggil buat kali pertama ke Bukit Aman untuk dirakam percakapannya pada 19 Ogos lalu berhubung siasatan berkenaan dakwaan gangguan seksual yang mengaitkan dirinya.

Abd. Jalil sebelum ini memaklumkan bahawa siasatan kes tersebut dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/01/ebit-lew-dipanggil-lagi-ke-bukit-aman/

BACA: Mengaku dirinya nabi, wanita dijatuhi hukuman mati

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi […]