Duta Belanda kagum kejayaan Tun M bangunkan Malaysia selama ini

Duta Belanda ke Malaysia Aart Jacobi mengakui kejayaan serta pembangunan dikecapi Malaysia selama ini adalah hasil daripada kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jacobi berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Dr Mahathir pada semalam.

Jelasnya, perjumpaan tersebut bukan sahaja menyentuh aspek masa depan kedua-dua negara malah, amat amat bermakna kerana dapat mencungkil pengalaman dimiliki Dr Mahathir.

“Saya berpeluang mencungkil pengalaman Dr Mahathir yang memainkan peranan penting membangunkan Malaysia sehingga ke hari ini.

“Perbincangan yang membuahkan hasil mengenai masa depan Malaysia dan hubungan antarabangsa,” katanya di Twitter sambil memuat naik foto bersama Dr Mahathir.

Dr Mahathir pernah tersenarai sebagai 50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2019 oleh portal Fortune.com.

Beliau berada di kedudukan ke-47 sekaligus berada dalam kelompok tokoh ternama lain seperti Bill Gates, Jacinda Ardern dan ramai lagi.

Sumber:

https://www.projekmm.com/news/berita/2020/06/24/kagum-kejayaan-malaysia-duta-belanda-sanjung-dr-mahathir/1878381