Dulu rakan baik di sekolah, kini sudah jadi ibu tiri

Seorang wanita menerusi aplikasi sosial TikTok mendedahkan rakan baiknya ketika sama-sama belajar di sekolah menengah kini merupakan ibu tirinya, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @fiithryyyy_22 itu, dia dilihat merakam gambar dengan salah seorang rakannya sambil memakai pakaian seragam sekolah yang sama.

“Rakan seperjuangan saya jadi ibu di rumah,” tulis keterangan pada video tersebut.

Dulu rakan baik di sekolah, kini sudah jadi ibu tiri

Foto perkahwinan bapa pemilik akaun yang berkahwin dengan rakan baiknya sendiri. – TikTok

Wanita itu kemudiannya dilihat bergambar bersama seorang lelaki yang merupakan bapanya yang telah berkahwin dengan rakannya itu.

“Dia merupakan rakan sekelas saya di sekolah menengah dan ini pula adalah bapa saya.

“Mereka berkahwin pada 28 Ogos dan disatukan sebagai pasangan hidup,” demikian keterangan yang ditulis pada video tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 7.8 juta kali.

Ruangan komen bagaimanapaun ditutup oleh pemilik akaun, mungkin bagi mengelak daripada menerima komen-komen yang kurang menyenangkan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/09/rakan-baik-di-sekolah-jadi-ibu-tiri/

BACA JUGA : Wanita kahwini bapa kekasihnya sendiri, alasannya memang ‘win’

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Dulu rakan baik di sekolah, kini sudah jadi ibu tiri […]