Duit tabung RM300 ribu milik wanita ini habis dimakan anai-anai

Duit tabung RM300 ribu milik wanita ini habis dimakan anai-anai.Tular di media sosial beberapa video yang memaparkan ratusan keping wang kertas rosak teruk dipercayai telah dimakan anai-anai.Duit Nenek Hampir RM300,000 Habis Dimakan Serangga Dalam Tin Milo

Menurut sumber, wang tersebut merupakan milik seorang warga emas yang menyimpannya di dalam tin Milo.

Namun, selepas sekian lama menyimpannya di dalam tin tersebut, warga emas itu mahu membukanya untuk mengira jumlah wang yang ada malangnya sebahagian besar wang kertas itu sudah reput.

“Ada berpuluh-puluh ikat wang kertas RM100 yang setiap satunya bernilai RM10,000 dalam tin tersebut.

“Dianggarkan jumlah keseluruhan wang tersebut hampir mencecah RM300,000,” katanya.

Menerusi video yang dikongsi, jelas menunjukkan kepingan ringgit bernilai RM100 itu hancur dek angkara serangga berkenaan yang hidup dan membiak di dalam tin tersebut.

Sementara itu, netizen memberi cadangan agar wang-wang tersebut dibawa ke BNM untuk ditukar kepada wang yang baharu namun ada sebahagiannya yang sudah rosak sepenuhnya.

Cara tukar duit rosak di BNM, tak semua duit rosak hilang nilai

KERTAS yang paling tinggi nilainya adalah duit! Setuju tak? Mestilah setuju kan. Namun bila duit rosak, ramai yang pilih untuk simpan sahaja dan akhirnya mungkin ‘terbuang’ begitu sahaja. Tahukah korang tidak semua duit rosak itu hilang nilainya.

Ramai dalam kalangan kita yang beranggapan duit rosak hanya boleh ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja. Kita sebenarnya boleh menukar duit yang rosak tersebut di bank-bank komersial (Maybank, CIMB, RHB etc) selain dari BNM.

Namun, terdapat juga kes-kes yang mana wang kertas yang rosak teruk seperti terbelah dua, terbakar teruk dan duit tersebut tidak dapat dilihat denominasinya, adalah lebih baik untuk kita rujuk ke BNM.

‘Mata Wang Sesuai’ ialah wang kertas atau duit syiling yang memenuhi kriteria dan standard kualiti untuk dikekalkan dalam edaran.

Wang kertas atau duit syiling tulen Malaysia dianggap tidak sesuai untuk edaran semula sekiranya ia mempunyai salah satu daripada kriteria ‘duit rosak’ yang ditetapkan oleh BNM.

BACA: Kerajaan negeri sediakan bas percuma kepada penduduk Taman Sri Muda
Itik lemas dalam banjir di Segamat, penternak alami kerugian

CATEGORIES