Duit tabung cecah RM19 ribu, pemuda puas hati menabung untuk kahwin

Duit tabung cecah RM19 ribu, pemuda puas hati menabung untuk kahwin.KITA semua pasti mempunyai impian dan matlamat tersendiri. Namun hanya usaha penuh semangat, tanpa putus ada dan mempunyai matlamat yang jelas yang akan membuahkan kejayaan.

Bercakap mengenai usaha gigih, perkongsian daripada pemuda ini boleh memberikan dorongan kepada kita yang ingin mengumpul sejumlah wang dalam masa ditetapkan.

Pemuda dikenali Shafiq Shaifullah berkongsi bagaimana dia boleh mengumpul wang di dalam ‘Tabung Kahwin’ sebanyak RM19,000 dalam tempoh setahun bermula 7 Januari 2020 sehingga awal 5 Januari 2021.

“Demi menghalalkan seorang wanita aku gagahkan diri ini menabung. Alhamdulillah apabila niat kita betul, ALLAH permudahkan segala urusan.

Duit tabung cecah RM19 ribu, pemuda puas hati menabung untuk kahwin

“Alhamdulillah hari ini selamat pecahkan tabung kahwin walaupun sudah lama berkahwin,” titipnya pada video berkenaan.

Shafiq mendedahkan telah menyimpan sebanyak RM1,500 sebulan di dalam tabung khas semasa menjawab pertanyaan warga maya.

“RM1,500 persamaan dengan gaji pokok saya. Setiap bulan konsisten. Kalau ada bayaran elaun kerja lebih masa, saya akan masukkan dalam tabung,” katanya yang telah selamat bergelar suami pada 27 Mac 2021.

Menurut Shafiq, ketika itu dia dikurniakan rezeki lebih yang membolehkan perkahwinan dilangsungkan tanpa perlu memecahkan tabung tersebut.

@double_s95 Reply to @mr_pokding ♬ bunyi asal – _Nblnzri – _Nblnzri🦖

BACA JUGA : “Not My Problem” : Pegawai farmasi didakwa ‘biadab’ sudah dikenalpasti
Wanita buta ini ramal 4 bencana besar tahun 2022, pernah ramal wabak Covid

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)