Dua rakyat Malaysia ditahan Taliban disyaki IS ?

Politik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengemukakan permohonan kepada agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan bahawa rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ia susulan individu berkenaan didakwa sebagai pejuang kumpulan militan Negara Islam (IS).

“PDRM mengambil maklum mengenai laporan penahanan rakyat Malaysia di Afghanistan. Setakat ini, kita tidak mempunyai maklumat mengenai pembabitan rakyat Malaysia dengan aktiviti IS di negara itu.

“Bagaimanapun, siasatan sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita dilapor itu membabitkan pejuang IS warga Malaysia yang memang berada di luar negara,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan dua rakyat Malaysia antara enam individu ditahan pihak berkuasa Taliban di Kabul, Afghanistan kelmarin kerana terbabit dalam pertempuran.

Politik malaysia

Cabang IS di Afghanistan dikenali dengan singkatan IS-K dikatakan menentang Taliban dan tentera Amerika Syarikat.

IS-K adalah serpihan daripada anggota Taliban yang menyasar untuk menubuhkan pemerintahan khalifah di wilayah yang sebelum ini disebut Khorasan, kawasan yang merangkumi sebahagian Iran, Afghanistan dan beberapa bahagian Asia Tengah.

Rakyat Malaysia dikatakan antara ribuan pejuang asing yang menyertai IS ketika kemuncak perang di Iraq dan Syria. Beberapa laporan sebelum ini menyebut 102 rakyat Malaysia sudah menyertai IS dan 40 dikatakan maut dalam pertempuran.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/857167/pdrm-kemuka-permohonan-sahkan-rakyat-malaysia-ditahan-taliban

 

BACA JUGA :

Sumber mineral Afghanistan bernilai RM4.24 trilion untuk diteroka Taliban

Ucap tahniah kepada Taliban, Pas padam posting

Akhirnya Presiden Afghanistan yang digulingkan bersuara

COMMENTS

Wordpress (0)