Dua lagi penasihat khas dilantik oleh Menteri Luar

Dua lagi penasihat khas dilantik oleh Menteri Luar.Menteri Luar, Datuk Seri Abdullah mengumumkan pelantikan dua orang lagi penasihat khas bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Hal Ehwal Kebajikan Antarabangsa.

Pengerusi Gerakan Pahang yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Ranndy Yap Kim Heng dilantik sebagai penasihat khas Kepada Menteri Luar Mengenai Asia Timur, manakala Pengurus Besar Yayasan Felda, Datuk Mohd Banuri Aris pula sebagai penasihat Khas Hal Ehwal Kebajikan Antarabangsa berkuat kuasa Oktober dan November lalu.

Saifuddin yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota menegaskan, pelantikan itu disebabkan bidang pengalaman mereka yang belum lagi wujud di Wisma Putra.

Bahkan, apa yang paling penting juga, jelas beliau, pelantikan kedua-dua inividu berkenaan tidak membabitkan sebarang kos tambahan kepada kementerian.

“Ini adalah semata-mata untuk menambahkan lagi maklumat dan meningkatkan lagi profesionalisme kami di Wisma Putra,” kata beliau.

Dua lagi penasihat khas dilantik oleh Menteri Luar

Saifuddin berkata demikian dalam sidang media bantuan bencana banjir di pejabat khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini, pada Jumaat.

Saifuddin memaklumkan, walaupun kakitangan yang mempunyai kepakaran di Kementerian Luar sudah mencukupi, namum keputusan melantik Randdy dan Mohd Banuri dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki mereka.

Pada November lalu, Saifuddin pernah mencetuskan kontroversi apabila melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nazri sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Perunding Kreatif di Kementerian Luar.

Beliau menjelaskan, lantikan kedua bekas pelakon itu adalah bersifat ‘khidmat negara’ dan juga tanpa sebarang bayaran elaun atau gaji secara tetap.

BACA:

Sampai bila PM mahu berdiam diri isu Azam Baki ?
Ramai ahli Bersatu berhijrah ke Parti Bangsa Malaysia?, Ini jawapan Wan Saiful

CATEGORIES