Dua kes terawal Omicron di Johor libatkan pasangan suami isteri tunai umrah

Dua kes terawal Omicron di Johor libatkan pasangan suami isteri tunai umrah. Johor mencatatkan dua kes COVID-19 varian Omicron terawal melibatkan pasangan suami isteri yang baru tiba dari Arab Saudi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan.

Beliau berkata, dua kes Omicron yang dilaporkan semalam itu membabitkan sepasang suami isteri yang telah pergi menunaikan umrah pada 4 Dis lalu dan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 Disember.

“Ujian Saringan PCR di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan pada 16 Dis dikesan positif pada 18 Dis lepas. Sampel PCR tersebut kemudiannya telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom, dan keputusan kemudiannya didapati positif Omicron.

“Kedua-duanya sedang menjalani isolasi di rumah dan kesemua kontak rapat kepada kedua-dua kes juga telah dikenal pasti dan telah diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BACA JUGA:

Isteri tiba-tiba diceraikan talak tiga ketika live tiktok, hampir 3 ribu penonton tercengang
Adun Dusun Tua dakwa dihalang dari sambut kedatangan PM ke Hulu Langat

CATEGORIES