Dr Sheikh Muszaphar kritik cara KJ berkenaan isu vaksin

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kurang setuju dengan pendekatan yang diambil Menteri terhadap golongan antivaksin.

Dr Sheikh Muszaphar kritik cara KJ berkenaan isu vaksin

Pakar bedah ortopedik ini berkata golongan ini adalah berbeza dengan antivaksin kerana mereka hanya menolak vaksin Covid-19. Beliau berpendapat, golongan ini kurang peka dan jumlah mereka hanyalah kecil iaitu sebanyak 5 peratus sahaja.

Katanya, sebagai orang yang berilmu, kita haruslah mendekati mereka dengan ilmu seperti bukti saintifik dan perbincangan lanjut. Beliau mencadangkan untuk berjumpa supaya penerangan lebih jelas dapat disampaikan.

Ada sebab mengapa mereka bertindak demikian. Sebagai orang berilmu, kita harus approach mereka dengan ilmu juga.

Menurut beliau, setiap orang mempunyai hak untuk memilih apa yang ingin dilakukan dengan hidup mereka. Jadi tidak perlu menggunakan ugutan. Beliau pasti ada pendekatan berbeza untuk membantu golongan ini.

Meet, greet and try to approach them. Explain to them in a humble way.

Beliau yang sudah lengkap divaksin turut memahami mengapa wujudnya golongan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

BACA JUGA : Panas !!! Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai kanan polis

Artikel ini disiarkan pada 19/10/2021

COMMENTS

Wordpress (0)