Dr Mahathir dedah kisah pencuri Melayu Islam

Dr Mahathir dedah kisah pencuri Melayu Islam.Apabila Najib ditegur kerana menyalahguna kuasa dan mencuri duit Kerajaan, dia akan cuba alih perhatian dari kesalahannya dengan menuduh bahawa saya sebagai Perdana Menteri juga berbuat perkara yang sama.

2. Semasa dia menjadi Perdana Menteri satu Royal Commission of Inquiry (RCI) ditubuh untuk menyiasat kononnya saya sembunyi kehilangan 30 billion Ringgit oleh Bank Negara. Tetapi RCI tidak dapat bukti yang saya sembunyi kehilangan ini. Bank Negara tidak dikehendaki lapor kepada saya akaun Bank Negara. Adalah mustahil bank melapor kehilangan 30 billion dan meminta saya rahsiakan kehilangan ini. Akaun Bank Negara diaudit dan audit tentu dapat kesan yang bank telah sembunyi kehilangan ini jika benar dan akan lapor. Jika tidak pihak audit tentu bersalah jika tidak melapor kehilangan ini.

3. Sementara Najib didapati memasuk wang dalam akaunnya, tidak ada satu sen pun dari wang yang dikatakan disembunyi masuk akaun saya.

4. Akhirnya Najib didapati bersalah kerana bukti menunjuk yang ia mempunyai hampir satu billion dalam akaunnya. Dan dia dihukum penjara 12 tahun dan denda 210 juta Ringgit.

5. Tidak ada persamaan antara jenayah yang dilaku oleh Najib dengan kononnya saya sembunyi kehilangan duit Bank Negara sebanyak 30 billion Ringgit.

6. Dia merayu kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court) tetapi Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Najib bersalah dan hukuman jail 12 tahun serta denda 210 juta yang dikena kepada Najib diteruskan.

7. Sekarang Najib cuba burukkan nama saya kerana semasa dalam parti lawan saya menolak projek Forest City di Johor. Projek ini bertujuan membangunkan sebuah bandar mewah dalam Selat Tebrau dengan menebus guna tanah.

8. Perancangan yang dilulus ialah untuk bangun bandar mewah yang mampu dibeli hanya oleh jutawan dari negara China. Pemilikan tanah adalah secara kekal. Bandar ini pula akan diberi taraf bebas cukai. Walaupun penduduk bukan warganegara Malaysia tetapi mereka bebas ke tanah besar Malaysia atau ke Singapura.

9. Saya telah lawat projek ini. Pekerjanya kebanyakan dari China. Berduyun-duyun pelawat datang dari China semasa saya buat lawatan. Mereka datang untuk membeli rumah-rumah mewah yang akan dibina. Pelawat warga Malaysia tidak pun sampai dua puluh. Mereka adalah pelancong yang ingin lihat taman yang cantik yang sudah siap dibina.

10. Seperti biasa jika projek ini ditamatkan oleh Kerajaan PH ganti rugi beberapa billion Ringgit perlu dibayar. Kerana Najib telah hutang berbillion Ringgit, Kerajaannnya terpaksa mendapat bantuan swasta sebanyak dua billion untuk bayar faedah hutang. Yang mampu dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah menasihat Country Garden supaya rumah kos rendah yang boleh dibeli oleh orang Melayu dan Cina Malaysia perlu disediakan. Country Garden akur.

11. Zuraida Kamaruddin, sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan majlis perasmian Dasar Komuniti Negara pada 17 Februari 2019. Saya dijemput untuk sampaikan sijil kepada antara lain Forest City kerana mengubah perancangan mengikut kehendak Kerajaan Malaysia. Ia bukan pengiktirafan projek Forest City yang telah pun dilulus oleh Kerajaan Najib Razak.

12. Berkenaan dengan projek Keretapi Pantai Timur, sekali lagi ia tidak dapat ditamat kerana perjanjian telah dibuat. Yang boleh ialah mengurang kos projek. Kerajaan PH dapat selamatkan 20 billion Ringgit melalui rundingan dengan pihak kontraktor.

13. Hasil dari pemerintahan Kerajaan Najib hutang negara melebihi satu trillion Ringgit. Masih ada tuduhan yang Najib telah seleweng berbillion Ringgit lagi dari wang 1MDB. Najib juga dapat 150 million Ringgit yang dirampas di Pavillion yang dipercayai milik 1MDB.

14. Tetapi mahkamah buat keputusan untuk beri balik kepada Najib wang ini dan lain-lain barang kerana orang ramai diberitahu Kerajaan tidak dapat bukti yang duit ini duit 1MDB, iaitu duit Kerajaan.

15. Tentulah jelas Najib memiliki berbillion Ringgit. Tetapi Najib masih buat permohonan supaya dihadiah tanah dan rumah yang bernilai RM100 juta. Najib sendiri pilih tanah ini.

16. Selain dari membeban Kerajaan sekarang dan akan datang dengan hutang berbillion Ringgit apakah yang dilakukan oleh Najib yang melayakkannya diberi hadiah RM100 million Ringgit.

17. Perdana Menteri lain tidak diberi hadiah oleh Kerajaan sebanyak ini. Hingga sekarang Kerajaan belum batal keputusan Kabinet untuk memberi hadiah ini. Najib kononnya tolak tetapi ia tetap akan terima akhirnya.

18. Sesuatu yang sudah hilang di Malaysia ialah perasaan malu. Najib tidak malu dan ramai penyokongnya tidak malu apabila disogok, apabila didapati bersalah. Nilai hidup yang hodoh ini jelas ternampak apabila penyokong Najib berkata, “Apa perlu malu, (Najib) boss kita.” Dengan itu diciumlah tangan Najib, pencuri Melayu Islam.

BACA: Isu saham : Azam Baki dilapor bakal heret pemilik Twitter ‘Edisi Siasat’ ke muka pengadilan
Ingatkan acar rupanya lintah dalam burger restoran popular ini
Rosyam Nor beraksi dalam filem Hong Kong pula

Artikel ini disiarkan pada 06/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)