“Dont disturb me” – Ira Kazar buka akaun IG baru, siap upload gambar sweet dengan Syamsul

“Dont disturb me” – Ira Kazar buka akaun IG baru, siap upload gambar sweet dengan Syamsul. Sebelum ini, Instagram Ira Kazar lesap, mungkin sudah dinyah aktifkan sejurus selepas kontroversi pengakuan Syamsul Yusof yang sudah berkahwin dengan dirinya.

Baru-baru ini katanya Ira dah membuka akaun Instagram baharu menggunakan nama Irakazarofficial.

Menerusi Instagram tersebut, Ira menulis bio ‘Dont Disturb me’. ‘Im Happily Married’.

"Dont disturb me" -Ira Kazar buka akaun IG baru, siap upload gambar sweet dengan Syamsul

Difahamkan dia juga dilihat memuat naik gambar suaminya, Syamsul beserta kapsyen ‘sweet’.

Ira juga meminta ‘haters’ supaya jangan mengambil ketenangan hidupnya.

"Dont disturb me" -Ira Kazar buka akaun IG baru, siap upload gambar sweet dengan Syamsul

Tambah Ira, ketenangan itu hak milik mutlak peribadi.

Syamsul dan Kazar juga dilihat mengikuti akaun tersebut.

Tak pasti adakah benar Ira atau akaun palsu sahaja.

"Dont disturb me" -Ira Kazar buka akaun IG baru, siap upload gambar sweet dengan Syamsul

Yusof Haslam Tak Mahu Ambil Tahu Hal Kazar

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata tiada keperluan untuk dia bersemuka dengan besannya, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Memetik BH Online, Yusof berkata beliau enggan masuk campur serta tiada apa yang perlu dibincangkan.

“Tiada apa yang perlu dibincang… Nasi sudah jadi bubur. Saya tak mahu ambil tahu hal Kazar. Lagipun, kami memang tidak rapat. Kalau jumpa di luar, setakat tegur begitu sahaja.

“Selama ini, iaitu sejak empat dan lima tahun lalu apabila isu ini timbul, saya tidak pernah tanya pun kepadanya. Tidak manis rasanya kerana ini membabitkan dua pihak iaitu anak dia dan anak saya,” katanya.

Ditanya mengenai reaksinya jika Kazar ingin bertemu keluarganya, pengarah itu enggan mengulas mengenai isu tersebut apatah lagi isterinya, Datin Patimah terluka dengan apa yang berlaku.

“Saya tidak boleh hendak komen kerana ini membabitkan isteri saya. Saya tahu, dia sudah cukup terluka dengan apa yang berlaku.

“Rasanya, cukuplah kenyataan yang keluar dari mulut saya. Walau apapun yang terjadi, Syamsul tetap anak saya. Sebagai ayah, saya mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya.

BACA JUGA : 

Sol dan Ira: ‘Ulasan Sajat paling bernas!’ – Netizen

Penjawat awam kena cekup di rumah janda cantik, “baru kenal di Omi”

PDRM umum beri diskaun 50 peratus saman trafik, pergi claim sekarang