Donald Trump cadang kaedah filem The Purge atasi masalah jenayah di Amerika

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Donald Trump dikecam hebat oleh netizen di media sosial selepas mencadangkan penyelesaian

kepada masalah jenayah yang tinggi di Amerika Syarikat dengan menggunakan kaedah yang terdapat dalam filem The Purge.

Difahamkan, semasa perhimpunan di Pennsylvania baru-baru ini, Trump mencadangkan satu pendekatan

untuk mengurangkan aktiviti jenayah dengan membenarkan polis menangani isu tersebut dalam ‘satu jam yang sukar’.

“Satu jam yang sukar, dan saya maksudkan benar-benar sukar. Berita akan tersebar dan ia akan berakhir serta-merta,” katanya.

Donald Trump cadang kaedah filem The Purge atasi masalah jenayah di Amerika

Malah, Trump juga menyatakan kesediaannya untuk menggunakan ketenteraan terhadap orang awam dan sedang mempertimbangkan satu ‘hari yang cukup kejam’ sebagai pengajaran kepada semua pencuri dan individu seumpamanya.

Pengguna media sosial dengan pantas menterjemahkan kenyataan Trump itu kepada bahasa yang lebih mudah difahami, di mana rakyat bebas melakukan apa sahaja tanpa hukuman untuk satu jangka masa singkat, mirip kepada plot filem The Purge.

Bagi mereka yang tidak pernah menonton The Purge, filem ini mengisahkan tentang kerajaan yang membenarkan orang ramai melakukan sebarang jenayah serta menggunakan segala senjata yang diinginkan dalam tempoh 12 jam. Ini bermakna semua jenayah yang dilakukan dalam tempoh tersebut tidak dianggap melanggar undang-undang.

Dengan cadangan yang begitu kejam, tidak hairanlah Donald Trump dikecam teruk oleh netizen di media sosial kerana dianggap sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan melanggar hak asasi manusia.

“Trump secara jelas mencadangkan The Purge, mungkin dia baru habis menonton filem itu dan berkata, ‘Mungkin kita patut mencuba,’” seloroh seorang netizen di X.

“Macam mana seseorang boleh mendengar kenyataan ini dan boleh bersetuju dengan agenda tersebut?” soal seorang netizen lain.

“Begini cara seorang penjenayah bercakap,” tulis seorang lagi.

Dalam pada itu, slogan filem tersebut “Keep America Great Again” turut mendapat perhatian pengguna maya dan media, kerana ia merupakan slogan yang sama digunakan oleh Trump semasa kempen pemilihan semula 2020 yang lalu.

BACA: ‘Setiap hari aku manis muka depan suami buat macam okay je dengan masalah dia buat, dalam diam-diam aku plan aku plan lari rumah’