Dokumen Agenda Wanita Impian Malaysia bakal jadi taruhan PH dalam PRU15

Dokumen Agenda Wanita Impian Malaysia bakal jadi taruhan PH dalam PRU15.Penyediaan Dokumen Agenda Wanita Impian Malaysia bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menjadi antara tumpuan Wanita Pakatan Harapan (PH).

Ketua Wanita PH, Aiman Athirah Al Jundi berkata, Dokumen Agenda Wanita Impian Malaysia itu sebagai satu Tawaran PH Untuk Wanita Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, empat perkara lagi yang akan beliau beri tumpuan dalam konteks pengukuhan peranan organisasi wanita pada peringkat awal ini ialah:

– Menyusun dan memperkasakan struktur organisasi dan fungsi Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Harapan di semua peringkat dengan semangat hormat dan kerjasama ikhlas yang erat.

– Memastikan jentera pilihan raya Wanita PH di semua peringkat siap siaga, bermotivasi dan dapat menkonsolidasi kekuatan sekaligus menggembleng kebangkitan bagi memenangi PRU15.

Dokumen

– Mencadangkan kepada Majlis Presiden PH untuk memastikan keanggotaan wanita dalam Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan PH dan menambah pelaksanaan agenda teras berkaitan wanita sebagai intipati utama MoU.

– Memperkukuh peranan wanita dalam politik bernegara melalui usaha strategik memposisikan representasi wanita sebagai Calon PRU-15 PH secara lebih menyeluruh samada di kontituensi Parlimen mahu pun Dun di seluruh negara.

Aiman Athirah berazam memberi nafas baharu dalam perjuangan reformasi politik tanahair melalui pembudayaan politik nilai, politik mendidik dan politik khidmat.
Pada 12 September lalu, Aiman Athirah yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional dilantik menduduki jawatan Ketua Wanita PH.

Mengulas pelantikan tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada Majlis PH atas kepercayaan tersebut.

BACA: “Kerajaan seperti lepas tangan isu Kampung Baru”

“Saya memahami bahawa pelantikan ini adalah atas semangat memperkukuhkan kerjasama parti-parti gabungan di dalam PH, sekaligus menyatukan kekuatan dan menggembleng kebangkitan khususnya bagi menghadapi PRU-15.

“Tentunya ini satu tanggungjawab besar dan berat, dan memerlukan kerjasama serta komitmen semua pihak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menghargai dua rakan sejawatannya, Chong Eng dan Fuziah Salleh atas kepimpinan dan sokongan mereka.

“Ini adalah manifestasi komitmen Wanita Pakatan Harapan memperkasa semangat kepimpinan wanita untuk semua.

BACA: Suamiku seorang Ustaz Facebook miang

“Dengan kerjasama padu khususnya daripada kedua-dua tokoh kepimpinan wanita ini, Insya-Allah kami akan bersama-sama memberi nafas baharu dalam perjuangan reformasi politik tanahair melalui pembudayaan politik nilai, politik mendidik dan politik khidmat, sekaligus membebaskan Malaysia daripada politik khianat, politik adu domba, politik fitnah serta politik propaganda,” kata Aiman Athirah lagi.

Perjuangan reformasi politik membebaskan Malaysia daripada politik khianat, politik adu domba, politik fitnah serta politik propaganda.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/pru-15-ph-bakal-kemuka-dokumen-agenda-wanita-impian-malaysia/

BACA: Ribuan kakitangan kesihatan diberhentikan kerja kerana tak mahu divaksin

COMMENTS

Wordpress (0)