Doktor Kontrak : Timbalan Menteri KKM tarik balik kenyataan

Doktor Kontrak : Timbalan Menteri KKM tarik balik kenyataan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menarik semula penafiannya mengenai doktor-doktor kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azmi berkata, surat dilampirkan oleh Hartal Doktor Kontrak mengenai kelayakan biasiswa itu adalah sahih dan telah pun dikeluarkan kementerian.

Doktor Kontrak : Timbalan Menteri KKM tarik balik kenyataan

Baca Juga : Doktor Kontrak tidak layak terima biasiswa HLP – Timb Menteri

“Saya mengakui kesilapan saya berhubung perkara ini, surat tersebut adalah benar. Saya cuma mendapat maklumat tidak dikemas kini dan saya tidak tahu perkembangan terkini.

“Jadi, saya menarik semula kenyataan saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebentar tadi, beliau menafikan kenyataan Hartal Doktor Kontrak mengenai mereka kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi HLP bagi membolehkan meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Pagi tadi, Hartal Doktor Kontrak memaklumkan, mereka kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi HLP bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Dalam hantaran di Facebooknya, gerakan itu melampirkan cetakan surat rasmi bertarikh 5 Januari 2022 daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelantikan secara kontrak perubatan, pergigian dan farmasi selepas khidmat wajib bagi kesinambungan perkhidmatan dan atau persediaan pengajian kepakaran

Baca Juga : Tular dakwaan ‘berparang ugut keluarga’, ibu Daniel dedah cerita sebenar
Mesin ATM keluarkan ‘wang cacat’, beri tuah kepada lelaki ini

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)