Doktor kontrak harap Ismail, Khairy mampu cari penyelesaian isu mereka

Doktor kontrak berkata, mereka berharap dapat melihat “cahaya di hujung terowong” dengan pelantikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak yakin masalah itu akan selesai dengan pelantikan kedua-dua pemimpin itu.

“Kami percaya dengan perdana menteri baharu dan Khairy sebagai menteri kesihatan, banyak masalah belum selesai yang dihadapi pekerja kesihatan, khasnya isu dihadapi doktor kontrak akan selesai pada masa depan,” katanya dalam kenyataan.

Doktor kontrak harap Ismail, Khairy mampu cari penyelesaian isu mereka

Kumpulan itu berkata, ramai doktor kontrak yang menjadi petugas barisan hadapan sejak dua tahun lalu dalam usaha memerangi Covid-19 masih tidak pasti dengan masa depan mereka dan berharap ada sinar harapan untuk golongan itu.

Katanya, sudah sebulan sejak mogok Hartal Doktor Kontrak di seluruh negara pada 26 Julai lalu, yang disertai lebih 8,000 doktor kontrak sebagai tanda kecewa terhadap kekurangan perancangan dan penyelesaian sesuai oleh pembuat dasar berhubung masa depan mereka.

“Walaupun masalah ini dibangkitkan ramai Ahli Parlimen dalam sidang Parlimen yang berakhir baru-baru ini, termasuk menteri kesihatan terdahulu berjanji menyelesaikan masalah itu, tiada perancangan sesuai yang dicadangkan pembuat dasar dan nasib doktor kontrak masih suram.”

Kumpulan itu berharap penyelesaian secara damai dapat dilakukan segera demi doktor kontrak dan sistem penjagaan kesihatan negara secara amnya.

“Kami juga berharap sebarang perbincangan berhubung masa depan doktor kontrak juga akan membabitkan pihak berkepentingan utama dalam isu ini.

“Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang banyak berkorban dalam perang menentang Covid-19 dan berharap semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/30/doktor-kontrak-yakin-masalah-akan-selesai-dengan-pm-menteri-kesihatan-baharu/

BACA JUGA : Kes baharu di Selangor mula turun ke 3,567 kes

COMMENTS

Wordpress (0)