Dituduh sudah muflis, Mawar Karim akhirnya cerita hal sebenar

Dituduh sudah muflis, Mawar Karim akhirnya cerita hal sebenar. “Tidak tepat, tidak benar dan saya sekeras-kerasnya menafikan dan tidak mengenali serta tak pernah berurusan dengan plaintif.”

Demikian kata usahawan Mawar Karim, atau nama lengkapnya, Mawar Abdul Karim berhubung tindakan pengisytiharan bankrap susulan dakwaan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000.

Ujar pengasas jenama tudung Fareeda itu itu, disebabkan dakwaan dan tuduhan yang timbul, beliau mengalami gangguan emosi termasuk perniagaannya terganggu dari segi jualan dan hubungan dengan klien.

“Pertama kali, tentunya emosi saya terganggu disebabkan dakwaan yang disebarkan dalam media sosial. Itu sebabnya, saya tampil membuat penjelasan hari ini.

“Saya tak muflis sepertimana yang diuar-uarkan dalam media sosial dan tanggapan orang ramai pada saya.

“Sudah tentu saya sebagai peniaga, saya nak jaga reputasi, hubungan dengan klien, pelanggan dan pembekal dan terutama melibatkan masa depan, saya sendiri tak tahu,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Sementara itu, Mawar memberitahu, jualan perniagaan tudung diusahakannya terjejas lebih kurang 40 peratus terutama disebabkan pandemik namun dakwaan mengatakan dirinya muflis adalah tidak benar sama sekali.

“Apa yang berlaku akan memberi kesan terhadap kemaraan saya dalam bidang perniagaan. Walaupun saya tak muflis, persepsi dan tanggapan terhadap saya sudah terjejas.

“Mereka dah ada dalam fikiran saya muflis dan tidak boleh dipercayai. Itu yang saya sangat tekankan bahawa, kepercayaan dalam bisnes adalah sangat penting. Orang akan ‘double thinking’ pada saya.

“Sepanjang tempoh 17 tahun dalam bisnes tudung, saya tiada masalah dengan sesiapa pun. Sungguhpun begitu, disebabkan pandemik Covid-19 sudah tentu ada impak naik turunnya. Saya tak cakap bisnes saya sentiasa ‘wow’.

Dituduh sudah muflis, Mawar Karim akhirnya cerita hal sebenar

“Bisnes tudung terkesan dalam 40 peratus daripada jualan tahun sebelum ini. Kita pun baru nak bernafas semula setelah pandemik Covid-19 selama dua tahun,” ujarnya lagi.

Mawar yang diwakili oleh peguambela dan peguamcara dari Zabir Imran and Partners, Datuk Mohd. Imran Tamrin dan Tentuan Azali & Co, Mohd. Azali Ibrahim memaklumkan, esok akan berlangsung sesi pendengaran permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ingkar kehadiran di Mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi.

“Buat masa ini, kami fokus kepada permohonan ini terlebih dahulu sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

“Sama ada Mawar akan membuat tuntutan balas atau tidak selepas ini, kami masih dalam proses untuk memberikan nasihat dengan sewajarnya kepada pihak anak guam kami,” kata peguamnya.

Terdahulu, Mawar didakwa berdepan tindakan pengisytiharan bankrap susulan dakwaan dia ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang rakan.

Pada 13 April lalu, media melaporkan peguam Nik Zarith Nik Moustpha dari Tetuan Mohd Asyraf Nik Zarith & Co yang mewakili plaintif iaitu kenalan Mawar bernama Nabil Mat Jahya ketika dihubungi berkata, apa yang berlaku bukan fitnah.
TONTON :

BACA:

Puad Zakarshi akan dilantik speaker Dun Johor, mengadap Sultan Johor hari ini

Padah sambut birthday pekerja, majikan diarah bayar RM1.9 juta

Doktor sahkan Roslan Aziz hanya tinggal enam bulan lagi untuk hidup

CATEGORIES