Diskaun bayaran PTPTN akan diumum dalam waktu terdekat

Diskaun bayaran PTPTN akan diumum dalam waktu terdekat. Kerajaan bakal mengumumkan berita baik membabitkan pemberian diskaun untuk bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bermatlamat meringankan beban golongan belia, khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kita akan mengumumkan diskaun kepada peminjam PTPTN dari segi bayaran balik, untuk kategori tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Awam Bersama Perdana Menteri bersempena Program Idea Bina Negara bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; dan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Diskaun bayaran PTPTN akan diumum dalam waktu terdekat

Berita lanjut menyusul

BACA:

Perangai jahat T20 diam-diam kutip selepas rider tinggalkan terbongkar, buat aduan makanan tak sampai pulak

Mira Filzah tunjuk muka anaknya, benda dalam rumah pula jadi perhatian netizen

Sharifah Sakinah selamba pakai baju hanya balut buah dada, netizen perasan sesuatu pula