dine-in

Disebalik kebenaran ‘dine-in’, pekerja restoran masih ramai tak lengkap vaksin

Disebalik kebenaran ‘dine-in’, pekerja restoran masih ramai tak lengkap vaksin. Hanya restoran yang pekerjanya lengkap vaksinasi akan beroperasi untuk ‘dine-in’ atau makan di premis berkenaan bermula hari ini.

Menerusi kelonggaran diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kebenaran itu hanya untuk mereka yang menetap di negeri yang sudah berada di bawah fasa dua dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PN).

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, sebahagian restoran di bawah Presma masih tidak boleh beroperasi untuk ‘dine-in’ kerana kebanyakan pekerja mereka tidak menerima vaksin atau hanya dos pertama.

“Syarat ditetapkan kerajaan, restoran yang pekerjanya sudah lengkap dua dos dibenarkan dibuka untuk ‘dine-in’.

dine-in

“Ini menyebabkan kebanyakan restoran di bawah Presma tidak akan dibuka untuk ‘dine-in’ sehingga pekerja lengkap vaksinasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jawahar Ali berkata, di Lembah Klang, kurang 30 peratus pekerja restoran di bawah Presma yang mendapat vaksin lengkap.

“Di Pulau Pinang pula, saya dimaklumkan pekerja restoran baru memperoleh slot janji temu bagi dos pertama.

“Demi keselamatan pekerja dan pelanggan, ahli Presma sudah mengambil keputusan untuk tidak membuka perniagaan secara ‘dine-in’ buat masa ini disebabkan masih ramai pekerja yang tidak mengambil vaksin dua dos,” katanya.

Malah, beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri yang membenarkan pelanggan makan di kedai di negeri fasa dua dan seterusnya PPN hari ini.

“Ini adalah berita baik kepada ahli Presma yang ketika ini begitu terkesan dengan pandemik Covid-19 dan hanya bergantung kepada perniagaan secara bungkusan sejak beberapa bulan lalu.

“Presma ingin menarik perhatian kerajaan kepada kaedah operasi yang dibenarkan menerusi kemudahan yang diumumkan termasuk kebenaran peniaga untuk menggunakan siar kaki bagi memastikan pengudaraan yang baik di sesuatu premis,” katanya.

Menurutnya, dengan kebenaran meletakkan meja di luar dengan konsep terbuka pastinya ia akan mengurangkan kesesakan sekali gus mengelakkan jangkitan di premis atau restoran.

“Antara faktor yang menyebabkan sektor perniagaan makanan dapat beroperasi semula adalah program vaksinasi yang menyeluruh yang disediakan untuk orang ramai terutama di Lembah Klang.

“Presma berpendapat, program seperti ini perlu dijalankan di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai termasuk peniaga memperoleh vaksin lengkap dalam waktu terdekat,” katanya.

Tambahnya, Presma juga momohon bahagian penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan atau kementerian berkaitan untuk menggunakan budi bicara ketika memeriksa premis atau restoran bagi memberi ruang kepada pelanggan membeli juadah.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/740833/restoran-bawah-presma-tidak-boleh-beroperasi-untuk-dine

BACA: PRU dah nak dekat, MP patut fikir 2 kali kalau nak lompat

CATEGORIES