Disangka ubat mata, selepas titis di mata baru perasan rupanya gam

Disangka ubat mata, selepas titis di mata baru perasan rupanya gam.Seorang wanita berdepan detik cemas dalam hidupnya selepas kelopak matanya dilekatkan dengan gam yang kuat.

Kejadian berlaku di Cachoeiro de Itapemirim, Brazil, selepas teman lelaki kepada Regina Amorim, 55, meletakkan gam berkenaan ketika hendak menitiskan ubat di mata wanita itu, lapor Mirror.co.uk.

Ia menyebabkan Regina dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera bagi menyelamatkan mata kanannya yang melekat.

Teman lelakinya yang belum dikenal pasti identiti itu tersilap mengambil gam berkenaan yang diletakkan bersama ubat titis itu di dalam peti sejuk.

Kebetulan, gam dan ubat berkenaan seperti tiada beza kerana mempunyai nama sama dalam Bahasa Portugis iaitu ‘Cola’ dan ‘Colirio’.

ubat mata

Bekas pastik kedua-duanya juga kelihatan sama dan mereka tidak memakai cermin mata ketika kejadian.

Regina mengiringkan kepalanya ketika teman lelaki meletakkan ‘ubat’ itu ke matanya.

“Ketika itu saya rasa mata terbakar dan akan meletup,” kata Regina.

Dia dikejarkan ke hospital dan doktor menggunakan serum untuk mengurangkan kesakitan dialaminya.

Pakar Oftalmologi Liana Tito berkata, apabila produk kimia seperti gam atau gel alkohol masuk ke bahagian mata, ia akan menyebabkan kelopak mata mengalami lecur.

Regina dibenarkan keluar dari hospital pada hari sama, namun mendakwa kesakitan itu menyebabkan dia tidak dapat tidur.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-selatan/2021/09/760390/silap-titis-ubat

BACA: Saksi dedah Najib arah agar Jabatan Audit tak sebut tentang Jho Low

COMMENTS

Wordpress (0)