Dilantik Menteri Agama, Idris janji lakukan yang terbaik

“Saya hanya menjadi orang parti dan tidak menjangkakan dilantik jawatan ini diberikan kepada saya. Insya-Allah, akan melakukan tugas dengan baik,” kata Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad.

Idris, 58, dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Idris berkata, dia akan berusaha melaksanakan tugas dengan baik atas kepercayaan diberikan.

Dilantik Menteri Agama, Idris janji lakukan yang terbaik

Menurutnya, dia juga akan meneruskan usaha dan kecemerlangan dilakukan Dr Zulkifli sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik dan akan memberi kerjasama (kepada semua pihak) serta akan jumpa (semua) agensi di bawah kementerian (apabila memulakan tugas nanti).

“Mohon doakan saya dapat melakukan tugas dengan (penuh) integriti dan mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Idris adalah bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak 16 Jun 2020.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/747650/insya-allah-lakukan-tugas-dengan-baik-idris

BACA JUGA : Panas !!! 2 pemimpin Pas gugur dari kabinet

COMMENTS

Wordpress (0)