Dikurung dalam bilik, empat pelajar jadi ‘karung tinju’ senior

Dikurung dalam bilik, empat pelajar jadi ‘karung tinju’ senior.Dua jam dikurung di dalam sebuah bilik diibaratkan berada dalam ‘neraka’ oleh empat pelajar apabila mereka dijadikan seperti ‘karung tinju’ oleh sekumpulan lapan senior yang membelasah mereka selepas berang dengan tindakan mangsa menonton video melalui telefon bimbit.

Kejadian itu didakwa berlaku pada Jumaat minggu lalu apabila kesemua mangsa berusia 14 tahun itu dikurung di dalam bilik sebelum dipukul, ditumbuk, disepak serta dikenakan hukuman rotan oleh sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima.

Salah seorang ibu mangsa yang ingin dikenaliKerajaan negeri berdukacita dan kecewa dengan kejadian buli melibatkan pelajar sekolah di negeri ini yang masih terus berlaku.

Menurut laporan kosmo juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kegagalan pihak berkaitan mengatasi masalah itu amat mengecewakan apabila kes buli terus berulang.

“Kerajaan sedih apa yang berlaku di sekolah itu (sebuah sekolah di Muadzam Shah, Rompin) apabila pelajar dipukul oleh pelajar senior dan ia tidak sewajarnya berlaku.

“Kerajaan negeri sedia membantu pihak berkaitan seandainya mereka masih gagal mengatasi masalah seperti ini,” katanya di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan tidak sampai 24 jam kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak tersebar, satu lagi kes dilaporkan berlaku di sebuah sekolah berasrama di Pahang yang mengakibatkan empat pelajar cedera dan trauma selepas dijadikan ‘karung tinju’ oleh sekumpulan senior.

Menurut Syed Ibrahim kerajaan negeri berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan kes buli yang terus berlarutan dapat dikekang.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berharap orang ramai tidak membuat andaian sendiri kerana pihak polis sedang melakukan siasatan.

“Saya juga meminta ibu bapa menasihati anak-anak mereka dan tindakan proaktif pemeriksaan ke asrama-asrama akan dilakukan,” ujarnya.

BACA: Kantoi curang selepas isteri terima surat saman memandu lebih had laju

Artikel ini disiarkan pada 12/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)