Dikecam buat kenyataan 'baik tengok Netflix dari pawagam', Nik Amar akhirnya bersuara

Dikecam buat kenyataan ‘baik tengok Netflix dari pawagam’, Nik Amar akhirnya bersuara

Dikecam buat kenyataan ‘baik tengok Netflix dari pawagam’, Nik Amar akhirnya bersuara. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak mudah melatah apabila ada segelintir pihak yang tidak senang dengan kenyataan yang diberikannya terhadap sebarang isu yang mrmbabitkan permasalahan di negeri itu.

Bahkan, kata Mohd Amar, beliau tidak mempunyai sebarang masalah berhubung pihak yang sering mengkritik dan menghamburkan tohmahan terhadapnya.

“Saya tiada masalah orang nak kata apa-apa pun sebab saya tahu diri saya dan saya tahu apa jawapan yang saya berikan dan dalam konteks apa.

“Saya bukan Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). Sedangkan Tok Guru pun ramai orang kata macam-macam,” katanya ketika ditanya perasaannya sering menjadi mangsa kec aman warga netizen.

Mohd Amar turut menjelaskan, segelintir netizen tidak memahami konteks penyampaian beliau berhubung sesuatu penjelasan yang dibuat.

Dikecam buat kenyataan 'baik tengok Netflix dari pawagam', Nik Amar akhirnya bersuara

“Mereka (netizen) tidak tahu konteks kita bercakap. Sebab ini pun masalah dari akhbar juga. Cara akhbar membawa satu-satu berita itu, penuh sensasi, jadi orang yang tak tahu latar belakang, mereka dia hanya tengok tajuk dan hentam.

“Mereka tak tahu kita bercakap dalam konteks macam mana dan bagaimana kita respon kepada soalan.

Saya tak buat kenyataan media secara terbuka, saya hanya respon kepada soalan dan hanya menjawabnya.

Setiap jawapan bergantung kepada soalan. Setiap soalan yang baik akan memperoleh jawapan yang baik,” katanya selepas melancarkan majlis perasmian Hari Dapur Hijau Peringkat Negeri Kelantan 2022, di sini, hari ini.

Tambah beliau, perkara ini menjadi sensasi apabila isu pawagam diperbesarkan sedangkan ia bukan isu yang besar dan tidak ada seorang pun yang melakukan protes secara terbuka.

“Peluang untuk berhibur itu masih banyak. Banyak cara dan ia tetap terbuka.

Ketiadaan pawagam bukan satu isu. Lainlah kalau kita tutup semua komunikasi sampai orang nak tengok Netflix pun tak boleh.

“Itu hak masing-masing. Bukan saya nak menggalakkan benda tak baik. Sebab sudah ada Netflix… ada yang bagus ada yang tak bagus.

Memang kita tahu ada filem- filem yang tak sesuai dan ada cerita yang baik dan tak baik. Saya tengok dalam Netflix ada filem baik. Jadi kita kena tahu memilih,” kata Mohd Amar menitip pesanan.

BACA:

Menteri dilantik dari Pas jenis cap ayam, kata pemimpin Umno

Nama Alya Iman kembali ‘trending’ selepas rampas suami orang dulu

Apa sudah jadi dengan Netflix? Lagi 300 pekerja dibuang, lebih ramai akan alami nasib sama

CATEGORIES