Dikatakan menari tak pakai seluar, artis ini akhirnya buka mulut

Pelakon, Ruhainies menerima kecaman selepas tular video menari bersama seorang penghantar makanan. Dalam video tersebut, Ruhainies dikatakan seolah-olah tidak memakai seluar ekoran warna seluar yang kelihatan seperti warna kulit.

Menerusi laporan mStar Online, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memberi penjelasan hasil suntingan video membuatkan ia kelihatan seksi.

Dikatakan menari tak pakai seluar, artis ini akhirnya buka mulut

Sebenarnya warna seluar saya tu merah jambu… bukanlah warna kulit.

Mungkin disebabkan suntingan video itu terang sehingga menampakkan warna seluar berbeza.

Pelakon ini walau bagaimanapun memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang melihat video tersebut. Dia juga akan lebih peka dalam pemilihan pakaian pada masa akan datang.

ruhainies

Sejujurnya, saya tidak marah malah saya menerima semua teguran dan nasihat yang baik-baik untuk saya.

Adik kepada Risteena Munim ini turut menerima teguran orang ramai dengan baik. Dia sentiasa terbuka apabila dinasihat namun berharap orang ramai tidak menggunakan bahasa yang kesat atau kasar.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohartis/sebenarnya-warna-seluar-tu-dikecam-seksi-menari-tiktok-ini-respon-ruhainies/

BACA JUGA : Timb Menteri Agama tegur layanan ‘kayangan’ di masjid

COMMENTS