Dikatakan jutawan ‘senyap’, ini respon Fazura

Dikatakan jutawan ‘senyap’, ini respon Fazura. “Saya tidak pernah memikirkan semua itu. Status sebagai jutawan itu bukanlah topik yang selalu atau suka saya bincangkan. Jutawan atau tidak itu hanya orang kata menjadi persoalan kedua. Apa yang penting saya meneruskan untuk memberi manfaat kepada orang ramai.”

Demikian kata pelakon dan usahawan, Fazura bahawa dia tidak pernah memikirkan sama ada sudah mencapai status jutawan dengan kejayaan produk yang diusahakannya.

Fazura berkata, dia turut mengikut nasihat ibunya untuk terus menyebarkan kebaikan menerusi bidang bidang perniagaan.

Dikatakan jutawan 'senyap', ini respon Fazura

“Bak kata emak saya, orang bukan peduli sama ada kita kaya atau tidak, jutawan atau banyak duit, yang penting adalah untuk terus memberi manfaat dan membuat kebaikan.

“Saya juga bersyukur kerana perniagaan yang diusahakan ini turut membuka peluang pekerjaan kepada kaum wanita yang sumber pendapatan suami atau keluarga terjejas akibat pandemik bagi membanteras Covid-19,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran aplikasi gaya hidup Islamik, Mukmin Pro di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Fazura berkata, antara kelebihan aplikasi berkenaan adalah ciri-ciri khas boleh dimuat naik secara percuma serta bersesuaian untuk semua peringkat umur.

Muslim Pro itu turut mengandungi pelbagai video Islamik seperti YouTube dan Tik Tok.

“Mukmin Pro adalah aplikasi telefon mudah alih untuk gaya hidup Islam yang menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan serta menghubungkan umat Islam di seluruh dunia. Saya bersyukur satu lagi impian saya berjaya dimakbulkan,” katanya.

Selain itu, aplikasi ini turut didatangi dengan rangkaian audio bacaan zikir, doa harian, surah al-Quran, waktu solat dan navigasi masjid.

TONTON:

BACA:

Bell Ngasri tak puas hati dijadikan ikon tak puasa

KKM beri amaran, jangan bawa anak kecil ke bazar ramadhan

Amyra Rosly ada penyakit ‘misteri’, doktor tak tahu punca

CATEGORIES