Dikatakan jadi punca Syamsul berubah perangai, kawan baik akhirnya bersuara

Dikatakan jadi punca Syamsul berubah perangai, kawan baik akhirnya bersuara. Kenyataan daripada kedua-dua pihak telah dikeluarkan, netizen kini berdoa agar Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat menamatkan sengketa mereka dengan keputusan terbaik.

Pada semalam, wanita berkenaan secara terbuka meminta Syamsul ‘lepaskannya’ lantaran kecewa dimadukan secata tidak wajar.

Saya tak terima cara dimadukan yang tidak mengikut syariat sebenar

Hingga kini, posting pelakon drama ‘Tanggang Langgang’ ini menerima lebih 14,000 komen kata-kata semangat selain mendoakan ketabahan hatinya.

Akan tetapi, kemunculan seorang individu bernama Aryan mendedahkan fakta lain tentang pasangan mempelai baru itu bagai mengeruhkan keadaan sedia ada.

Kau makan duit Syamsul, rosakkan hidup Syamsul & keluarga, lepas tu diam

Membuka semula kisah lama, Aryan (dipercayai kru produksi) dakwa pernah saksikan situasi tegang pertemuan antara Kazar Saisi, Ira Kazar dan Syamsul Yusof di set shooting Mat Kilau.

Tidak ketinggalan, dia juga memetik nama kenalan terdekat Syamsul iaitu Abang Fadhil Haniff yang dikatakan menjadi punca pengarah itu berubah sikap.

Didakwa Jadi Punca Syamsul Yusof Berubah Sikap, Kenalan Akhirnya Buka Mulut

Didakwa Jadi Punca Syamsul Yusof Berubah Sikap, Kenalan Akhirnya Buka Mulut

Didakwa Jadi Punca Syamsul Yusof Berubah Sikap, Kenalan Akhirnya Buka Mulut

 

Demi Allah aku tak masuk campur urusan rumah tangga orang lain.

Tidak berdiam diri, Abang Fadhil dilihat begitu terkejut dengan fitnah melampau yang dilemparkan oleh individu bernama Aryan itu.

Sempat memohon maaf kepada Puteri Sarah, lelaki ini menegaskan sekeras-kerasnya bahawa dirinya tiada kaitan langsung dengan kemelut perkahwinan mereka semua.

Didakwa Jadi Punca Syamsul Yusof Berubah Sikap, Kenalan Akhirnya Buka Mulut

BACA JUGA : 

Muhyiddin bakal didakwa atas tuduhan rasuah RM92.5 Billion?

Ini tiga sungai di Selangor jadi hotspot lemas sebab kepala air

Dah masuk usia 40 tahun, ramai terpegun tengok Nora Danish ‘bergetah’ elok