Dijangka 3 Gabungan besar akan bertanding PRU-15, pemuda ini ramal rakyat tetap pilih PH

Dijangka 3 Gabungan besar akan bertanding PRU-15, pemuda ini ramal rakyat tetap pilih PH

Lompat melompat ini bukan perkara yang bagus, patut PH dulu bila ada kuasa sudah gazet akta lompat parti. Tapi biasalah, dulu ada orang rakus konon nak ganti UMNO, parti paling kecil tapi nafsu besar; halalkan lompatan dari UMNO masuk ke dalam parti dia. Orang yang sama kata dia tak sokong kluster mahkamah; tapi dia buat-buat lupa yang tentukan siapa kluster mahkamah itu sendiri adalah Perdana Menteri.

Amanah pun tak payah hendak hidup dalam penafian, kita boleh tuduh Adun yang lari itu sebab mereka di janjikan kerusi Parlimen, atau yang lari itu kecewa dengan kerusi exco; tapi masih tak mahu mengaku yang salah satu sebab Adun lari ialah kerana sibuk nak bawa parti luar dari PH untuk bersama dalam PRU15. Jangan kita lupa parti tersebut sendiri selesa nak jadi king maker, nak bertanding 60 kerusi, dia nak bertanding 150 kerusi pun biakpi kat dia la; buat apa Amanah nak lahirkan lagi seekor Rinamon di Titiwangsa?

Tapi adun Amanah yang melompat ke PKR kena ingat, kerusi dan kawasan yang anda bertanding itu hak parti, kalau anda lompat ke PKR, jangan ingat boleh bawa kerusi yang anda menang dulu.

Ini bukan zaman kartel dulu yang lompat dari PAS masuk PKR terus curi kerusi Amanah. Kalau PKR nak bagi kerusi mereka untuk anda bertanding PRU15 nanti, ahlan wa sahlan.

Lagi satu Amanah jangan cuba buat kerja gila macam Parti Lebai, depa dengan MN depa mau, dengan PN pun depa nak juga. Politik kena ambil risiko dan firm.

PKR pun sama, hari ni ada 2 ekor lagi melompat, dan dikatakan 2 orang akan menyusul, seorang setpol kena siasat, seorang lagi MP wanita yang ada NGO.

Actually bila di MP di seberang sokong PN pun bagus juga, lagi senang PH nak masuk bertanding dalam PRN Sarawak sebab nanti kiranya GPS VS PH VS PSB. So kiranya PSB boleh di kata mesra PN, jadi PH boleh tampil sebagai alternatif siapa yang tidak mahu PN dan GPS.

PKR boleh bagi alasan ini semua bekas kartel tapi just proof my point yang PKR bertanding banyak kerusi pun belum tentu kalis pengkhianatan. So dengan penambahan Adun Amanah ke dalam PKR tidak patut membawa bersama kerusi kawasan yang mereka bertanding. Jadi PRU15, 50 kerusi peninggalan Bersatu perlu di bahagi sama rata antara PKR dan Amanah; jangan tamak dan kena segera untuk senang hendak buat groundwork.

Banyak lagi point yang saya boleh bagi nasi tambah macam kenapa Pengerusi PH Kelantan sampai sekarang tak ada, kenapa PKR masih tak ada ada timbalan Presiden tapi i choose my battle wisely; bukan jenis pakai shotgun, tembak berabur tapi tak kena sasaran.

Tapi yang tak boleh bla, ada juga yang jenis jump the gun; Amanah Bukit Bintang ini jenis terlajak kuah dari sudu, sikit-sikit kaji hubungan.

Agaknya kalau dah bernikah, bila gaduh dengan bini, mesti guna kuasa talak. Jenis tak berapa nak cerdik dan tak reti fikir jauh. Ni mesti ada DNA parti lama yang kuat bila bersendirian.
Macam saya tulis, saya dah tak berahi nak berharap dengan kerajaan sekarang ini. Kalau PH hendak berkuasa, memang terpaksa gadai prinsip.

Jadi better stick jadi pembangkang sampai PRU15. Sebab itu saya dari beberapa bulan lepas sudah kata, kita concentrate sahaja untuk PRU15.

In fact saya sendiri sudah buat groundwork untuk PRU15; tu yang kalau tengok saya duk belai ولعون tiap-tiap hari. Sampaikan yang ولعون paling teknorkat pun tak berani singgah sebab mereka tahu, mereka tidak ada hujjah. Paling kuat mereka boleh hantar ولعون setaraf @wan leh untuk “menyalak”. Orang macam ini sangat bagus untuk swing pengundi atas pagar.

Saya sudah bayangkan yang PRU15 nanti akan berlaku 3 penjuru. Saudara Chin Tong sendiri ramai yang Din Pagoh akan hadapi jalan yang sukar untuk menang PRU15. https://www.malaymail.com/…/muhyiddin-faces…/1953461…

Chin Tong sendiri tulis yang populariti Din Pagoh makin menurun. Ingat, satu-satunya cara Din Pagoh hendak menang dan jadi Perdana Menteri ialah dengan PN menang majority mudah dalam PRU15. PN masih bermimpi untuk dapat sokongan macam PRN Sabah, tapi waktu itu rakyat belum nampak lagi lakonan dia yang double standard, belum nampak lagi 73 mangkuk kabinet autopilot. Kalau buat PRN Sabah, 3 penjuru di semua kerusi antara BN dan PN, dengan tak boleh salam berkaut, ada peluang PN akan melingkup.

Siapa yang perasan BN dengan PN sekarang tengah berbunuhan; dan PH sepatutnya kena pandai mengambil kesempatan. Contoh Kleptokrat Najib di sokong oleh tentera ketum acap kali serang PN dalam FB, belakon cakna hal rakyat padahal dia sendiri menyamun. Dia tahu dia tak boleh bertanding sebab sudah di sabit bersalah, tapi Zahid Hamidi masih belum di sabit lagi.

The moment Zahid di sabit bersalah, PN akan dapat upper hands dan kemenangan moral. Tapi bila undi Melayu split 3, PN+PAS vs BN VS PH, PH ada peluang yang cerah untuk menang sebab undi bukan Melayu tinggi pada PH + undi Melayu T20/M40; JANJI PH tidak bersama dengan Parti King Maker. Kalau PH bersama dengan Parti King maker; jangan kan undi Melayu T20, Undi bukan melayu pun turut lari.

Selagi Jemin dan Kartelnya berada dalam PN, selagi itu PH masih ada upper hands, sebab Jemin adalah politikus yang paling di benci dalam Malaysia; dia punya negatif superseed popularity Din Pagoh kuasa dua. Jemin ini sendiri yang akan jadi tunggul kayu yang drag PN ke dalam lubang kubur. Dan kerusi-kerusi yang kartel menang itu kebanyakannya semi-urban; kalau depa nak menang balik boleh; hanya berharap 2 penjuru tapi BN takkan bagi muka.

Betul PH sekarang macam cara marba; tapi mana-mana rakyat yang berfikir panjang mereka akan nampak PH lah alternatif yang paling viable antara 3 koliasi yang bertanding. Kalau 3 penjuru, PH ada peluang nak menang lagi dan paling teruk jadi nombor 2. Kalau BN menang, kita boleh lihat pula bagaimana MP-MP PN sekarang ini mengambil giliran jadi kluster mahkamah.

Sumber: