Didakwa menangis minta jawatan tim. speaker dekat Anwar, Rashid Hasnon bersuara

Didakwa menangis minta jawatan tim. speaker dekat Anwar, Rashid Hasnon bersuara. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak membuat cerita dongeng mengenai pencalonan Datuk Mohd Rashid Hasnon sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Menurut Mohd Rashid, tiada adegan menangis merayu untuk mendapatkan jawatan itu seperti yang dijaja oleh Anwar dalam ceramah Jelajah Harapan di Batu Pahat kelmarin.

Mohd Rashid berkata, hakikatnya untuk mendapatkan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu mendapat undi majoriti oleh ahli Parlimen yang bersidang.

Katanya, cadangan untuk beliau menjawat jawatan itu dicadangkan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum undian dilakukan.

“Apabila saya menerima undian paling banyak oleh ahli Parlimen, maka jawatan itu diserahkan kepada saya dan hakikatnya bukan dia (Anwar) yang menetapkan.

Didakwa menangis minta jawatan tim. speaker dekat Anwar, Rashid Hasnon bersuara

Baca Artikel Penuh