Dibuang kerja sebab ‘leave’ whatsapp group tempat kerja, lelaki ini dedah kisah benar yang pernah berlaku
Aplikasi permesejan WhatsApp adalah satu medium komunikasi yang sangat umum digunakan di Malaysia.
Selain berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga terdekat, WhatsApp ni juga digunakan sebagai platform komunikasi antara majikan dan pekerja.
Bagi yang sudah bekerja, mesti tempat kerja korang pun ada grup WhatsApp sendiri kan. Kadang tu lebih daripada satu grup WhatsApp yang dibuat atas urusan pekerjaan.
Tak dinafikan, grup WhatsApp ni kadang-kadang boleh jadi mengganggu masa di luar waktu kerja.
Bila tengah cuti kena ‘kacau’ dengan majikan, sedikit sebanyak kita pun rasa tak selesa sampai rasa nak keluar grup WhatsApp. Tapi kalau korang nak tahu, pekerja sebenarnya boleh dipecat kalau keluar dari grup WhatsApp.
Melalui video yang dikongsikan di laman TikTok @kerjajer, pegawai sumber manusia ni berkongsi kisah seorang pekerja syarikat telekomunikasi yang dipecat kerana keluar dari grup WhatsApp. Benda ni nampak macam kecik, tapi kes tersebut sampai dibawa ke mahkamah untuk pengadilan.
@kerjajer Dibuang kerja sebab keluar whatsapp group #kerjajer ♬ original sound with Azmil – Kerjajer
Walaupun dah dibawa ke mahkamah, dikatakan pekerja ni masih dibuang dan pihak syarikat mendapat pembelaan dari mahkamah.
Nak tahu cerita lengkap tentang pekerja dibuang sebab keluar grup WhatsApp ni, tonton video penuh di bawah.