Diberi tugas jaga veteran Pas, ini respon Mokthar Senik

Diberi tugas jaga veteran Pas, ini respon Mokthar Senik. Salah seorang ulama berpengaruh Parti Islam Semalaysia-PAS yang selalu menimbulkan kontroversi di media sosial, Mokhtar Senik, kini diberikan amanah menjaga biro berkaitan veteran itu, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat parti pas semalam.

Moktar Senik selaku anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat selama kini menjadi pengerusi bahagian as-Sabiqun dan tidak lagi mengetuai Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia (PMPS).

Pertukaran tersebut dibuat selepas memberikan prestasi begitu cemerlang semasa mengetuai PMPS seperti yang dimaklumkan kepada beliau seperti yang dilaporkan didalam Malaysiakini.

“Alhamdulillah. Yang (saya) bimbangnya kalau prestasi PMPS ini hancus.

“Terasa macam duduk dalam freezer kayu je (sekarang). Sejuk semacam. Alhamdulillah. Boleh juga ambil berkat orang lama-lama dalam PAS,” katanya.

Jika semua diberi rezeki berusia panjang, beliau berkata semua orang akan menjadi ‘orang lama’.

Mokhtar Senik juga berharap penggantinya di Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia (PMPS) dapat menjaga institusi pondok.

“Sebab yang sayangkan pondok hanya orang pondok dan orang yang cintakan pondok,” katanya.

“Jaga-jagalah kerana orang yang bencikan pondok akan guna orang pondok juga untuk ‘bunuh’ pondok,” katanya lagi.

Rata-rata kenyataan dibuat Mokhtar di media sosialnya mendapat reaksi positif daripada pengikut laman sosialnya yang mengucapkan tahniah.

Salah seorang daripada mereka juga komen di laman sosial Mokhtar Senik berpendapat penyertaan beliau ke bahagian mengelola veteran parti sebagai “awal.”

“Sebab tu ana (saya) kata masuk freezer,” balas Mokhtar di bahagian komen.

BACA JUGA :
Skandal “Leena” : Mokhtar Senik serah kepada ‘Allah dan Lawyer’
Dunia perjuangan bukan macam hospital yang sentiasa ditemani ‘nurse-nurse’, pesan Mokhtar Senik
Allah, Malaikat dan orang mukmin sentiasa bersama Pas – Mokhtar Senik

 

Artikel ini disiarkan pada 10/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)