Diasak soalan wartawan berkenaan Proklamasi Melayu, jawapan Abang Jo buat wartawan terkedu!

Diasak soalan wartawan berkenaan Proklamasi Melayu, jawapan Abang Jo buat wartawan terkedu!

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai Proklamasi Melayu.

Menurut laporan berita, Proklamasi Melayu ialah dokumen 12 perkara yang ditulis oleh bekas perdana menteri dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad

Diasak soalan wartawan berkenaan Proklamasi Melayu, jawapan Abang Jo buat wartawan terkedu!

Yang bertujuan untuk melindungi kepentingan dan menyatukan masyarakat Melayu untuk “memulihkan kuasa politik orang Melayu”.

“Bagaimana saya tahu? Kami masih sibuk menyambut Hari Raya di Sarawak, dan seterusnya sambutan Gawai yang akan datang.

“Kenapa saya perlu risau tentang isu di sana (Semenanjung Malaysia)?” Abang Johari berkata ketika ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang di Pusat Sivik Kota Samarahan semalam.

Semalam, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti Islam itu menandatangani Proklamasi Melayu di hadapan Dr Mahathir.

Penandatanganan itu berlangsung di kediaman rasmi Dr Mahathir, dan turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu, Abang Johari berkata beliau tidak tahu banyak tentang konspirasi politik untuk menggulingkan kerajaan perpaduan di Semenanjung Malaysia.

“Saya tidak tahu sebenarnya apa isu itu. Isu itu kebanyakannya tersebar di Facebook,” tambahnya.

BACA:

‘King’ banyak termenung dan memencilkan diri masa sambut Aidilfitri undang perhatian netizen

“Sebelum ini aku pernah intai, tapi tak dapat tengok, sekali aku dapat buka hp suami, rupanya suami buat onar belakang aku!”