Najwa Latif atau nama penuh Imratul Najwa Abdul Latif, 29, yang kini menjawat jawatan sebagai pensyarah
Di Fakulti Pendidikan, Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kejayaan Najwa, yang juga dikenali sebagai pelantun lagu “Cinta Muka Buku”, mendapat perhatian ramai
kerana tidak mudah untuk ditempatkan sebagai pensyarah di universiti awam. Pencapaian beliau tular di laman sosial.
“Sekarang relaks jer jadi pensyarah. Tak perlu mengejar glamour,” kata seorang pengguna di laman sosial X.
Najwa, yang memiliki ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar serta sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya,
kini melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sebelum ini, Najwa yang mesra disapa Wawa terpaksa berhenti seketika daripada kerjaya sebagai pensyarah kerana kesulitan untuk menyeimbangkan kedua-dua tugas tersebut.
Isteri kepada komposer Akwa Ariffin ini kini menjawat jawatan tetap sebagai pensyarah bermula 15 Oktober 2024, dengan kepakaran dalam bidang TESL, pengajian dalam talian, dan pendidikan bahasa abad ke-21.
Najwa mula terkenal pada 2010 selepas memuat naik lagu saduran “Baby” nyanyian Justin Bieber di YouTube.
Pada Mac 2011, beliau menandatangani kontrak dengan NAR Records dan mengeluarkan single pertama, “Cinta Muka Buku”, pada bulan Julai tahun yang sama.
Video muzik “Cinta Muka Buku” mendapat lebih enam juta tontonan dalam masa enam bulan, menjadikannya video muzik yang paling banyak ditonton di Malaysia pada ketika itu.
Lebih membanggakan, lirik lagu tersebut ditulis oleh kakak sulungnya, Syafiqa Latif.
Selain itu, Najwa yang pernah bertugas sebagai pensyarah di UNITAR, melangsungkan perkahwinan dengan rapper dan komposer Akwa Ariffin pada 11 November 2022.
BACA: Ini sebab hukuman penjara PU Azman di tambah 14 bulan lagi