Kawan lama Sharnaaz Ahmad semasa di universiti menceritakan tentang sikap sebenar artis tersebut.
Menurut rakannya yang dikenali sebagai Fararekiy, Sharnaaz adalah seorang kawan yang nakal, kasar, tetapi baik hati.
Sharnaaz berkongsi sebuah gambar yang diambil semasa zaman pengajiannya. Gambar tersebut menarik perhatian netizen dan Fararekiy sendiri.
Dalam kapsyennya, Sharnaaz menulis: “Berusia 20 tahun, nakal/suka kacau orang, kuat bodek pensyarah, Fararekiy kuat cover assignments aku. Apa yang ada pada saya hari ini adalah terbina daripada mereka yang ada hati yang baik di sekeliling saya.”
Di ruangan komen, Fararekiy juga mengusik Sharnaaz dengan menyatakan bahawa semasa zaman pengajian dahulu, Sharnaaz adalah satu-satunya rakan mereka yang memiliki telefon berkamera, manakala yang lain masih menggunakan telefon 3310.
“Kalau tak, tak wujudlah gambar ni. Ini selfie belakang kamera telefon namanya,” jelas Fararekiy.
Kemudian, di akaun Instagramnya, Fara menulis: “Notify masih, owh ada orang slash tag ni. Allahu teringat zaman kami sama-sama bergelut untuk siapkan assignment.
“Sama-sama belajar sampai pagi bila nak masuk peperiksaan. Saling menyokong antara satu sama lain apabila projek akhir walaupun tak sama kumpulan.
“Tak ada duit, dia [Sharnaaz] belanja aku mana. Tak ada pengangkutan nak pergi kelas, dia tumpangkan aku naik kereta dia. Definisi orang senang yang membantu orang susah macam aku ini. Dan dia tak memilih kawan.
“Lepas graduasi, apabila dia tahu aku kerja dengan gaji sikit sampai kena shift malam, dia maki aku. Korang boleh bayangkan dia maki macam mana.
“Dia paksa aku datang pejabat dia untuk temuduga dengan bos dia. Temuduga cuma 10 minit dan saya diterima bekerja. Kemudian bermulalah perubahan hidup saya sebagai pegawai bank.”
Fara kemudian menegaskan bahawa dia tidak bercakap tentang Sharnaaz Ahmad kerana dia selebriti, tetapi kerana dia adalah kawan lama yang sangat baik.
“Saya bukan nak bercakap di sini kerana dia selebriti, tetapi kerana dia adalah kawan baik saya sejak 2003 sampai sekarang. Kita akan memasuki alam 40-an tidak lama lagi, Sharnaaz Ahmad.
“Dan sekali lagi, terima kasih atas segala yang kau telah bantu saya. Ok, rindu seorang lagi dalam gambar ni, nama dia Roy.”