Belum sampai 24 jam selepas Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz diangkat sebagai menteri kewangan baru, Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin memberi “peringatan” terhadap bekas CEO Kumpulan CIMB itu.
Bung merujuk dengan kenyataan Tengku Zafrul yang berharap isu politik tidak menganggu tugasnya di kementerian itu nanti.
“Menteri kewangan baru dilantik dalam ucap tamanya menyatakan no political interference in his ministry (tiada campur tangan politik dalam kementeriannya), dia tak sedar pelantikannya atas move (gerakan) politik, kalau ini lah pendirianya lebih baik dia buka kementeriannya sendiri,” kata Bung dalam satu kiriman Twitter.
Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.
Bacaan Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/514120