Di caci di maki, namun akhirnya pelan pemulihan TH membuahkan hasil

Setelah PH, Menteri Agama, tokoh-tokoh politik PH serta ahli akademik yang mempertahankan tindakan rasionalisasi pelaburan TH semenjak tahun lalu; makian jual agama, jual aset milik orang Islam, merugikan agensi Islam dan bermacam lagi didendangkan untuk membakar sentimen agama dan perkauman.

Hari ini, setelah TH berjaya membuktikan lonjakan keuntungan sehingga melebihi 82% atau RM 1.25 bilion untuk prestasi kewangan setengah tahun sahaja, tiada pula Ketua Pemuda UMNO atau ulama’ kewangan ISMA bersuara dengan laras bahasa sindiran sebelum kerajaan PH ‘dirompak’?

Ketika sahabat saya, Dr. Zaharuddin Abd Rahman digelar ahli akademik ‘macai kafir DAP’, ramai umat Islam di Malaysia menyambut dengan mengulas panjang menambah luka hinaan itu. Tetapi, tatkala hasil kejayaan pelan rasionalisasi terbukti, tiada sepatah perkataan pujian pun. Malah, permohonan maaf juga hampir mustahil didengari.

Allah al-Musta’ān.

Sumber :