Derma Darah : Individu divaksin perlu tunggu 7 hari jika tiada kesan sampingan

Pusat Darah Negara (PDN) meminta agar orang ramai menangguhkan aktiviti menderma darah hingga tujuh hari selepas pengambilan vaksin Covid-19 jika tiada kesan sampingan.

Menurut PDN dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini, individu yang menghadapi kesan sampingan ringan setelah menerima vaksin, dibolehkan menderma darah selepas tujuh hari sembuh daripada sebarang gejala.

PDN memaklumkan penangguhan aktiviti derma darah ini membabitkan individu yang menerima suntikan vaksin antaranya Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca.

Derma Darah : Individu divaksin perlu tunggu 7 hari jika tiada kesan sampingan

“PDN sangat menggalakkan penderma darah untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi melindungi diri dan orang lain. Penderma darah masih boleh menderma darah dalam tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin Covid-19,” menurut kenyataan itu.

PDN memaklumkan bahawa maklumat lanjut berkaitan tempoh penangguhan menderma darah bagi pengambilan jenis vaksin Covid-19 lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/161058/KHAS/Covid-19/Derma-darah-tujuh-hari-selepas-vaksinasi-jika-tiada-kesan-sampingan

BACA JUGA : Imam Besar sahkan kouta VIP 30 tempat wujud di Masjid Putra

COMMENTS