‘Depa kata masuk parti lain macam keluar Islam, begitulah depa’

Begitulah. Apabila depa masuk parti nama Islam, depa kata masuk parti lain keluar Islam. Apabila depa semayang subuh, depa anggap orang lain tak semayang subuh.

Masa depa lawan Umno, depa kata negara lingkup kalau Umno perintah. Apabila depa kawan dengan Umno, depa doa bagi Umno menang pulak.

Modal depa tak besar sangat. Serban, jubah. Bawah sikit, ketayap, kemeja hijau. Lepas tu ambik gambaq dok sebelah orang yang depa panggil ulama tapi cakap bohong.

Kalau dengaq depa sembang pasai hudud, aryuyu, tutup aurat, kira depa kompom masuk syurga. Tapi kalau tengok kelaku kelayak depa, setan pun heran.

Sumber :